Lap Blanket c2c Crochet Unicorn Colors Inspires

Ohohoooo.
Dah masuk bulan Disember.
Uiiii, mana perginya semua masa itu..?

Projek amal crochet terakhir untuk tahun ni adalah untuk didermakan untuk pesakit kanser.

Saya baru je siap (hampir je) satu.


Lawa takkk..? 
Cantik sangat ni dimata saya.
Rasa sayang pulak nak dermakan. Huhuhuuuu..

Selimut riba crochet. Inspirasi warna unicorn.
Saya guna teknik c2c.

Ni first time guna teknik c2c crochet, senang juga la. Sambil² tengok tv, sambil² membebel kat anak, sambil mengait. Tak perlu tumpuan sangat teknik ni.


Tengok tekstur dia. Cantik kan..
Alahai, geram je tengok..

Apapun, dia punya border saya belom kait lagi. Tak sure nak guna teknik apa. Besar juga border dia nanti. Dalam 2 inci gitu.

Untuk projek amal geng mengait kali ni, kami diberi pilihan untuk buat sarung botol air atau topi atau selimut riba. Nampak ramai buat sarung botol air, maka saya buat selimut riba je la.

Ingat nak buat 3 helai lap blanket sebelom hujung tahun ni.

Yang pertama saya guna warna pink dan mint. Pastu tak cukup benang, ada separuh lagi tak siap.

Sempat pula minta derma benang kat facebook. Dapat rm70. Alhamdulillah.
Dapat beli 7 buku benang.

Dah dapat benang, tak sambung pun yang pink dan mint tu. Pergi buat yang unicorn ni. Ntah la, warna dia tu buat saya geram je nak siapkan...

Sekarang ni saya tengah siapkan pink dan mint ni. Bajet dapat siapkan hari ni. 

Dah siap nanti saya tunjuk tau...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama