Mask Kain

Salam.

Kes Covid-19 makin meningkat.
Tapi face mask pula dah lama out of stock.
Bukan baru-baru ni, tapi dah lama dah out of stock.

Saya habiskan masa pusing bandar semata-mata nak cari mask ni je. Tapi takde.
Sekarang dah perintah kawalan pergerakan, tak bole dah nak pusing-pusing bandar lagi.

Baru-baru ni ada nampak orang jual face mask kat fb. Tapi harganya *gulp*. RM85/50pcs. Dah la pre-order. Siap cakap lagi tak markup harga. Ye la tu.

Oleh itu terpaksa la buat inisiatif sendiri, jahit face mask dari kain.


Okay tak camni.
Design dan saiz dia sama seperti surgical mask.
Memang saya buat sama.

Ni bentuk asal dia. 
Corak petak tu cik abang yang pilih.

Saya guna kain cotton mixed polyester. Dua layer dan ada poket kat tengah.

Fungsi poket ni tak lain tak bukan untuk masukkan filter. 

Paati korang ada dapat infografik yang cakap mask kain ni taka berkesan.

Memang betul tak berkesan, kalau tak masukkan filter.
Kene masukkan filter tau.

Filter tu ada jual kat farmasi atau online. Tapi jujur cakap saya tak beli pun sebab mahal. Saya buat sendiri je seperti yang diajar oleh soktor taiwan yang viral tu.

Cara buat filter sendiri :

Basahkan tisu dan jemur sampai kering.
Pakai tisu yang dah kering tu sebagai filter.

Itu aje.

Sebelom pakai face mask kain, korang perlu tahu cara guna yang betul kalau tak ia abukan sahaja tak berfungsi malah makin memudaratkan.

Cara betul pakia mask kain :

Pakai bersama filter.

Maksimum pakai 3 jam sahaja.

Selepas 3 jam, tukar yang baru (yg bersih) sekali dengan filter baru.

Filter tu buang dalam tong sampah kering. Jangan buang dlama tong sampah yang ada sisa makanan / bahan basah.

Simpan mask terpakai dlaam ziplock bag.

Sampai rumah terus basuh maak dan ziplock bag tu dengan sabun dan jemur bawah matahari.

Amalkan cara ni in shaa Allah selamat.

Kepada korang yang nak face mask kain ni bole order kat http://shop.asmafeltbox.com

Saya buat 12 keping dan semua ready stock, ready to ship.

Saya akan buat lagi jika sikit-sikit dan update stok tiap kali ada baru.

Ada warna plain hitam juga, cuma belom jahit lagi. Dahjahit nanti saya update ya.

Stay home.
Stay safe.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama