Salam.
Benang kait saya banyak tau.
Tapi takde la sebanyak orang lain yang benang penuh dinding. Saya jenis terkawal lagi la
Pada 1 Jun lepas saya berjaya kentalkan semangat memunggah kotal benang dan susun balik benang-benang itu ikot kumpulan masing-masing.
Rupa-rupanya ini je benang Minlon yang tinggal. Ingatkan banyak lagi.
Misi saya mulai Jun hingga habia tahun ni ialah nak habiskan semua benang Minlon.
Saya nak beralih ke benang Nona memandangkan dah jumpa dah seller Nona kat sini.
Benang Nona ni sedap sikit mengait berbanding benang Minlon.
Minlon penat mengaitnya kalau dapat yang jenis urat benang berlerai. Mengait jadi lambat. Setiap warnanya lain ketebalan, lain tekstur dan lain keanjalan. Tak cantik bila gabungkan warna. Tak syok.
Nona pula semua warna sama kualiti. Benang dia pun smooth, sedap mengait. Lagi laju kait berbanding Minlon.
Oleh itu, saya tekad nak bali banyak-banyak warna benang Nona. Tapi wajib habiskan Minlon dulu aebab tak banyak ruang dalam rumah ni. Hahaha.
Disebabkan bangga dengan diri yang sungguh rajin ni, saya pun rakam video secara spontan dan bebel-bebel pasal benang dan upload ke IGTV.
Malangnya, video menegak saya tu telah jadi melintang bila published kat igtv. Heyyy, kenapaaaaa?
Dia siap auto-crop lagi.
Heyyy, kenapaaaaa?
Geramnya...
Nampak saya merepek-repek je dalam video tu tunjuk² benda yang tak masuk dlm video (sebab dah di-crop).
Nampak bodoh je saya dalam video tu.
Tak faham la kenapa jadi gitu?
Apa yang saya silap?
Cuba juga googled pasal permasalahan ni, tapi tak ketemu jawapan.
Tengok video lain kat IGTV elok je menegak. Kenapa video saya je merepek jadinya?
Sedih betul.
Sebelum delete video tersebut, saya upload je la kat youtube. Buat kenang kenangan.
Wassalam