Tutorial : Cara Mengait Crochet Mask Extender (mask adapter) - dengan video

Salam.

Musim covid-19 ni, benda yang wajib ada si tangan semua orang ialah surgical mask. Takde mask ni tak bole masuk kedai kan..

Tapi masalah juga buat saya yang bertudung ni. 

Dah adjust-adjust tudung bagi jadi, lilit 14 kali, pin 14 kerongsang, sekali tak pakai mask..

Haaaaa..

Nak susup-susup aje, terkeluarlah rambut, tudung pun jadi senget. Hurm...

Maka disinilah mask extender / adapter to the rescue.


Comel tak?

Inilah mask extender yang saya kait.
Siap jual dah pun. 

Cara nak pakai, cuma sangkut tali telinga mask kat kedua-dua butang tu dan saukkan ke kepala. Siap!

Cara nak buat pun senang je.
Cuma perlu tahu buat :

Chain (ch)
Single crochet (sc)
Slip stitch (sl st)

Caranya.

1. Chain sebanyak 25 kali.

2. Pusingan pertama : single crochet sampai ke hujung.

3. Buat 3 single crochet dalam chain pertama (paling hujung).

4. Sambung single crochet hingga ke hujung.

5. Buat 3 single crochet kat dalam chain yang hujung satu lagi.

6. Slip stitch single crochet pertama

7. Chain 1 kali. Single crochet satu kali kat lubang yang sama.

8. Single crochet ke sekeliling.

9. Slip stitch dan matikan kaitan.

10. Sorokkan benang guna jarum.

11. Jahit butang kat kedua-dua hujung.

Siap!

Kalau rasa pening, bole ikot video di bawah. 


Dah siap ni jangan lupa tag hasil.korang kat instagam asma felt box.

Pastu bole la melaram.

Selamat mencuba!

#stayhome
#staysafe


Cari Blog Ini