Cara Mengait Sarung Telur Kenduri

Salam.

Sekarang ni musim kenduri kan.
Tapi takde kenduri sangat la, tengah pandemik Covid-19 ni.

Adik sepupu saya pun kawen Sabtu lepas, tapi saya tak pergi. Saya ni jenis takut sikit nak berani-berani pergi tempat ramai orang. Apalagi bawa baby (takde la baby sangat pun budak ni).

Musim-musim kawen ni teringat saya masak kecik-kecik dulu pernah dapat doorgift telur rebus yang diletak dalam sarung telur kait.

Ingat tak?

Tapi bole dikatakan takde dah sekarangm

Alang-alang teringat ni, saya nak share ngan korang cara mengait sarung telur.



Saya tunjuk dalam bentuk video, bagi lebih mudah faham.

Proses nak tunjuk ni memang panjang kerana setiap row tu berlainan pattern dia, takde repeat row macam yanag biasa-biasa kita buat tu.

Dalam video ni pun saya tunjuk step by step, takde skip, takde laju.

Ikot hati nak je skip dan lajukan supaya video jadi pendek, cepat sikit korang siap tonton, proses edit video pun jadi cepat.

Tapi saya terfikir pula, kan nak buat tutorial, nak mengajar, nak buat orang pakai, tunjuk je la step by step. Baru la newbie bole ikot. 

Ni karang orang tak paham, buang masa pula orang menonton, buang masa pula saya rakam dan edit.

Maka saya buat la sepaham yang bole. 3 hari juga edit video tu.

Korang tengok tau. 
Penat saya edit.
 
Lepas ni bole la kait sendiri sarung telur untuk majlis kahwin korang, atau majlis adik beradik dan saudara mara. 

Kembalikan semula tradisi lama.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama