Website ecommerce baru 2020

Salam...

Pada satu hari, saya terserempak dengan satu iklan kat FB. Iklan e-commerce tapi lain sikit dari yang biasa saya pakai. Harga pun tak mahal. So saya cuba je la.

Godek punya godek akhirnya berjaya launch pada 25 September. Yang lepas (sempena birthday anak).


Okay tak?
Website kali ni teramat simple je.

Kenapa tukar website ecommerce baru lagi?

Dah 4 tahun saya guna servis ecommerce dari company tu (expire Feb 2021), kali ni nak tukar angin pulak.

Sepanjang ada website ni (dah 8 tahun kot) tak banyak pun sales datang dari website. Dalam 30% je. Kebanyakannya datang dari whatsapp.

Sekarang dah 2020, tapi pelanggan masih prefer whatsapp. 

Jadi saya fikir dari saya renew dengan harga yang tinggi tapi orang tak pakai sangat, better try cari ecommerce yang murah sikit.

Baru je fikir nak cari, muncul dah iklan dia. Lepas godek², saya rasa servis dia menarik juga la. 

Pertama, kerana ia memang dibina untuk berurusniaga secara whatsapp. Banyak function yang memudahkan penjual dan pembeli.

Kedua, fast loading dan mobile friendly. Paparan dia pun sesuai untuk phone. Sedap mata memandang.

Ketiga, listing barang guna phone jadi  lebih mudah. Sebab ia dibina untuk phone maka proses listing tu jadi cepat dan tak renyah.

Keempat, customer bole direct checkout melalui whatsapp.

Lepas ni, slip pembayaran tu akan direct dihantar ke whatsapp saya, bukan lagi melalui email.

Mungkin ini lebih memudahkan pelanggan, memandangkan hampir semua orang pakai whatsapp sekarang. Apa² hal kat whatsapp.

Tapi ada juga kelemahan dia.

Kelemahannya ialah pelanggan tak boleh login. Alamak. Saya pun baru tahu lepas dapat pelanggan pertama.

Bila tak bole login, tiap kali order pelanggan tu kene taip alamat dia. Maybe tak leceh bagi yang first time beli, tapi bagi return customer memang leceh.

Kedua, bila tak bole login, maka takde la rekod order dia (order history sebelum ni). Ada kat email dan digital invoice je, rekod dalam website tak ada.

Apapun, semw order history saya ada simpan cuma tak pasti nak emailka pada pelanggan atau nak simpan je.

Itu je la dua kelemahan.

Saya taknak komplen banyak sebab harganya tak mahal, mampu milik, functionnya pun sesuai dengan harga.

Dia ada juga sediakan pakej mahal, maybe ada la kot seme yang best² dalam tu.

Saya cuba dulu setahun tengok macam mana. Kalau ok, kita teruskna untuk tahun kedua. Kalau tak ok, kita cari lain lagi.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama