Assalamualaikum.
Sebelum tu kita recap dulu Crochet Plan bulan lepas berjaya ke, tak berjaya..
1. October Baby Blanket - SIAP! Tepat-tepat pada 31 Oktober :D
2. Granny Squares - TAK SIAP. Ada 46 keping lagi belum kait. In shaa Allah bulan ni siap.
3. Shawl - SIAP! Excited giler buat shawl ni. Video dia pun dah siap tauu
Ketiga-tiga projek ni akan saya tunjukkan dalam post akan datang.
Jom kita proceed ke plan kita pada bulan ni.
November, November.
Banyak keje nak buat bulan November ni.
Yang paling utama ialah : Granny Square Crochet Blanket
Siapkan 46 keping granny square, cantumkan sampai jadi selimut dan jahit border.
Itu yang utama.
Ini customer tempah. Target nak hantar ke dia bulan Disember.
In shaa Allah kalau saya berjaya utamakan projek ni (dan tak distracted dengan projek lain) pasti tak sampai sebulan dah siap.
Tapi saya ni memang mudah sangat mulakan projek baru dan tangguhkan projek yang tengah buat.
Ni namanya Shiny Object Syndrome.
Saya pun baru tahu semalam secara tak sengaja semasa dengar podcast.
Sedih betul saya lepas tahu saya ada sindrom ni.
Apapun, jangan sedih lama-lama.
Kene buat sesuatu la untuk fix this.
Dan salah satu dari sesuatu itu ialah yang tengah saya buat ni.
Buat plan dan next month check dah siap ke belum.
Bila tengok dua dari tiga projek yang saya plan dah complete, bukan main happy lagi hatiku ini tauuu.
Okay, projek yang kedua ialah Projek Beg Crochet Ibu.
Dah setahun dah kot ibu request beg, tapi tak siap-siap pun saya kerjakan.
Sebenarnya ada kisah di sebalik tak siap tu.
Kisahnya, saya mana pernah buat beg. Hahaha.
Jadi saya tak pandai la nak buat.
Crochet crochet tak jadi, buka.
Kisah kedua, beg yang ibu nak tu, jenis C2C.
C2C ni kalau buat segiempat senang la, tapi bila nak buat beg yang bawahnya separuh bulat pastu ada tempat simpan barang dan handlernya sekali, alahai pening betul nak reka.
Otai-otai maybe senang je reka beg gini, tapi susah bagi saya.
Tu yang terbengkalai je tu.
Sekarang saya dapat idea juga la camana nak buat ngan beg tu, cuma tak berani nak buat, takut kene buka balik.
Pastu saya ingat nak buat satu lagi beg yang kait dia simple sikit dan bagi juga beg tu kat ibu.
Jadinya ibu ada dua beg.
Kalau beg yang dia request tu tak memuaskan hatinya, at least ada la satu lagi beg sebagai tebusan.
Gitew..
Ibu saya tak cerewet pun orangnya, cuma saya sebagai anak rasa tak best la bila tak dapat beri yang terbaik untuk ibu.
Apapun, bulan ni kita siapkan juga beg crochet ibu k.
Projek ketiga ialah Charity Crochet Bag
Dah lama kan kita tak buat projek charity.
Last sekali Projek Mafla pada bulan Ogos yang lepas.
Lepas tu ada projek selimut (yang start sebelum projek mafla) tapi deadline dia dah dekat, saya tak buat la.
Sekali, dia anjakkan deadline tu sebanyak dua kali.
Hahaha.. Kalau tahu aku dah buat dah sehelai selimut.
Takpe la, maybe itu ditakdirkan untuk saya berehat dulu dan layan anak.
Crochet bag ni adalah projek beg telekung untuk anak-anak yatim.
Selain bag, ada juga projek kopiah.
Saya nak buat beg dulu, kopiah nanti la, nampak cam ramai buat kopiah.
Projek ni berterusan, takde deadline.
So, ingat nak buat la dua biji bulan ni.
Selingan bila dah jemu kait selimut, bole kait beg ni pula kan.
Itu la tiga projek untuk bukan November 2020.
Nampak sikit kan.
Cukup la tiga. Saya kene commit dengan youtube juga.
Plan nak buat 3 video sebulan kat youtube.
1 video selang 10 hari.
Cuba je, jadi tak jadi belakang kira.
Doakan saya tau.
Wassalam...