Nak cari apa

Crochet Shawl Segitiga

Malaysia

Assalamualaikum

Ingat tak crochet shawl yang saya cerita sebelum ni?

Dah siap dah bulan lepas tau...


Cantek tak?
Cakap la cantik. Penat tau mengait.

Shawl segitiga ni bukan rekaan saya.
Saya tengok kat internet pattern yang mudah-mudah je.

Alhamdulillah, pattern ni mudah je kauu...


Hujungnya tu finishing dengan bentuk scallop.
Memang lawa..

Jom kita zoom.


Nampak tak tekstur dia tu.
OmaiGod, bole gila bayangku dibuatnya..

Shawl ni sesuai pakai pergi jalan-jalan kat tempat yang dingin macam mall, panggung wayang dan  dinner kat hotel. 

Bukan jalan-jalan je, duk kat office, dewan kuliah dan dalam bas malam-malam pun sesuai pakai.

Nampak stylo dan rare sangat.
Mana tak stylo, kau sorang je dalam dunia ni ada shawl ni.

Kot-kot la saya buat yang sama untuk orang lain satu lagi?
Pattern maybe sama, tapi warna tu tak mungkin sama.
Sebabnya, benang tu dah takde dah kat tempat saya.
Yang saya beli tu adalah benang yang kepenghabisan :'(

So, inilah the one and only.

Kalau nak beli, klik SINI.
Ready stok dan ada satu je.
Boleh terus pos lepas checkout.

Saya ada buat video kronologi kejadian.
Video simple-simple je. Masih lagi bertatih dalam buat video,
Sudi-sudi la tengok ya.


Wassalam...

Catat Ulasan

ASMA-FELT-BOX