My Craft Room

Assalamualaikum.

Sejak baby bertukar menjadi toddler ni kan, perubahan yang paling ketara sekali yang nampak di mata ialah RUMAH SEPAH.

Kemas kemas pun tak jadi apa, sepah juga.
Bila nampak mainan dia semua saya dah masukkan dalam bakul, selamba je dia lembangkan pastu tinggal gitu je.
Nampak buku susun kemas kat rak, dia keluarkan dan taruk kat lantai pastu tinggal.
Nampak gelung mainan, blok dan sebagainya saya dah atur elok-elok, dia selerakkan dan tinggal jugak.
Alahai anak...

Itu yang nampak di mata la.
Yang tak nampak di mata ialah saya mengalami mild depression.
Tak teruk, cuma bila trigger tu rasa nak campak je anak dan suami jauh-jauh. Nak keluar dari rumah dan drive sorang-sorang sampai ke negeri lain, dan macam-macam la idea pelik-pelik dalam otak ni. IDea brutal pun ada, tapi istighfar je banyak-banyak.

Saya rasa setiap tempat kat rumah ni menyakitkan mata, sebab sepah.
Bila kemas, sepah balik.
Okay, cam banyak kali je ulang kan.

Fikir punya fikir, lalu saya amik keputusan yang dalam rumah ni mesti disediakan satu ruang yang kemas dan ruang tu mendamaikan hati saya.
Jadi bila saya kusut dan perlu melapangkan fikiran, ruang tu la yang akan saya tuju untuk buat sesuatu atau tak buat apa-apa.

Maka bermula la proses pencarian ruang yang sesuai.

Kami pindah ke rumah ni sejak Ogos tahun lepas.
Serius cakap, saya tak pandai susun atur rumah.
Mungkin itu salah satu faktor yang membuatkan rumah nampak sepah aje.

Dalam tempoh tu banyak kali sangat kami pindahkan perabot ke sana la, ke sini la.
Termasuklah bahan-bahan kraf sekali (saya jual secara online dari rumah).

Setelah banyak kali susun atur rumah, akhirnya kami dapat susunan yang okay la bagi saya, walaupun mungkin di masa akan datang jumpa lagi susunan yang lebih baik.

Dipendekkan cerita, bahan-bahan niaga (felt, butang, ribbon dll) semua kami letak kat ruang tengah rumah, kat tepi dinding kiri kanan.

Sebelum ni kat bilik belakang sekali, tapi cam sempit je nak buat kerja.
Last-last letak kat tengah rumah.
Kalau tetamu datang, memang nampak la barang niaga tu 😆
Biar dorang tahu saya duk rumah ni bukan goyang badan, goyang kaki, tapi berniaga tauu.

Abes tu kat mananya ruang yang mendamaikan hatiku tu?

Kat master bedroom kami.
Cam tipikal je kan jawapan tu.

Plan asalnya saya nak jadikan master bedroom ni sebagai bedroom sahaja.
Takde aktiviti kat dalam bilik tu kecuali rehat.
Tapi tak mampu.
Rumah banyak barang.

Akhirnya master bedroom tu kami jadikan bilik tidur dan hobi kami laki bini.

Hobi saya berkraf dan hobi cik abang main laptop.

Jadi cik abang cuma nak meja dan laptop.
Saya pula cuma nak dinding yang cantik dipandang mata.

Maka, inilah hasilnya...


Dinding ni berhadapan dengan katil. 
Bila duduk atau baring, dinding ni la yang saya nampak.
Dan saya suka.

Rak tu beli kat Tesco, beli kecik supaya senang nak ubah-ubah nanti.
Dalam rak tu memang khas untuk benang, obvious.
Yang menariknya, anak saya tak sepahkan pulak benang ni.
Kenapa ek?

Atas rak ni ada white board to do list, reminder dan notes.
Sejak ada whiteboard ni kerja-kerja saya lebih tersusun dan cepat siap.
Bertuah betul dapat idea ni.

Crochet hook pula saya taruk dalam cup tu. 
Sebenarnya bukan semua saya pakai, saja je buat hiasan.
Sedap mata tengok.

Kalau bilik ni disepahkan, sepahan tu cuma kat lantai, saya tak nampak masa tengah berehat.
Kalai sepah atas katil, saya akan alihkan semuanya ke lantai atau dalam bakul mainan anak yang dah ready kat situ. 
Bole la sambung berehat.

Meja pula ada kat sebelah katil ni, sebelah tingkap.
Meja tu kami share, wajib kosongkan kalo tak pakai.

Biasanya cik abang selalu duk kat meja tu main laptop, saya pula duk kat atas katil sebelah dia sambil mengait dan bercerita ntah apa-apa.

Si kecik pula biasanya berdiri sebelah katil sambil belek buku atau main kereta atau berbual-bual dengan kami dengan bahasa jargonnya.

Setakat ni saya puas hati dengan susunan bilik kraf.
Walaupun share dengan bilik tido, tapi rasa lapang je, relax je.

Saya ada buat video pendek my craft room tour.
Sudi-sudi la tengok ya.









Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama