Update Preferred Seller Shopee

Salam...


Sambungan dari kisah preferred seller di Shopee semalam.

Dah dapat update dah.

Untuk jadi preferred seller kene memenuhi kriteria di atas pastu kene upload ic.

Bukan saja upload ic, tapi gambar kita pegang ic.

Rasa tak selesa pula nk bagi ic kat orang. Bukan kat orang, tapi kat satu company yang bukan dalam /milik Malaysia. Maksudnya ic dan muka kita dah diberi secara rela kepada syarikat luar negara.

Apa yang merisaukan saya ialah bila tengok kes hilang duit dalam akaun bank, ada 2 orang guna no ic yang sama (no sama, nama lain) dan tetibe dapat surat telco suruh bayar tunggakan atas nombor telefon yang kita tak guna pun.

Baru² ni sorang kawan saya, ayah dia amik 1st dose vaksin, tak lama lepas tu kat MySejahtera dah update ayah dia dah amik second dose dan dah dapat sijil. Bila check tengok second dose tu ic sama, nama lain.
Haaaa. Nape camtu.
Sekarang dia masih dlm proses menghubungi pihak berkenaan.

Baru² ni juga adik kawan saya dapat surat suruh bayar tunggakan bil telefon yang 10 tahun lepas. Padahal dia tak pakai pun nombor tu. Pihak telco tunjuk borang pendaftaran telco tu, tapi tulisan dan sain tu bukan milik dia. Lepas report polis, polis cakap takde tanda² penipuan pun kat sini. Polis tak bole buat apa² dan suruh bayar.

Yang lagi pelik klau ikot undang² sivil, rekod yang lebih 7 tahun dah tak valid. Kita pun tak perlu simpan dokumen yang lebih dari 7 tahun. Tapi dalam kes telco ni valid pulak.

Dan dalam komen tu, dia nak pasang unifi tapi kene blacklist. Lepas check, dia ada tunggakan rm600 dari telco atas nombor yng dia tak pernah guna. Dah buat laporan polis, akuan bersumpah semua tapi tak jdi apa, kene bayar juga. Di pun terpaksa bayar sebab nak pakai unifi.

Bila dapat tahu kene upload ic dan muka sendiri saya jadi paranoid pulak. 

Memang la sedap dapat preferred seller, tapi bayaran dia terlalu mahal kot. Ic dan muka.

Dah ler bagi ic dan muka, kene tambah pula 1.1% komisen lagi (menjadikannya 8.5%).

Maybe tak amik la kot, walaupun rasa sayang sangat ☹️






Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama