Website 2021 launched!

Salam.

Dah setahun berlalu.
Website 2020 pun dah expired pada 3 Sep 2021 yang lepas.

Walaupun sebenarnya dah expired, tapi ia macam masih berfungsi lagi la. Tengok asmafeltbox.yezza.store.

Walaupun sebenarnya dah habis kontrak (12 bulan; dari sept 2020 ke ogos 2021), seperti yang diduga dia masih deduct duit saya pada September 2021.
Hahaha.

Disebabkan dah duga, saya dah kosongkan akaun bank tu sebelum sept haritu.
Saya rasa macam kene deduct je, so saya cepat² transfer semua duit ke akaun lain.
Rupa-rupanya memang betul gerak hati saya.

Kenapa ya...
Bila dah buat perjanjian setahun tapi mereka berani lagi amik duit dari akaun kita. Kna dah ada kontrak?

Saya tahu kalau saya report dorang pasal ni pun, pasti dorang pulangkan balik duit tu, tapi camana bole auto deduct padahal dah terang² kontrak cuma setahun.

Sistem sekuriti bank ni tak bagus ke?

Apapun, website baru pun dah siap.
Kali ni guna website free je iaitu woocommerce.

Kalau korang nak buat website ecommerce free, korang bole try woocommerce. Bagi saya ia lebih mudah dari opencart. Tapi opencart lagi banyak fungsi.

Jom tengok sikit website baru ni.

Rasanya hampir setiap tahun buat website baru, saya pun dah naik jemu.

Semoga inilah last saya buat website.
Aaminnn.

Kepada korang yang pernah login dalam website yang lama dulu, sila la login seperti biasa. Cuma tukar password je.

Saya ada simpan maklumat pelanggan salam website ni. Tak pasti jadi ke tak. Try la ya.
Kalau da masalah, hubungi saya.

Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa saya tak teruskan je dengan website 2020, jawapannya ad dalam entry tersebut iaitu :
  1. Customer tak boleh login
  2. Bila tak bole login, takde order history
  3. Dashboard dia pening sikit. Order yg masuk takde dlm tab 'order' tapi kat tab 'customer'. Lepas saya tick baru dia masuk ke 'order'. Agak renyah la bagi saya yang dah biasa dgn ecommerce yang lebih straightforward
Okay, korang dah bole order kat asmafeltbox.com ataupun order kat shopee kalau lebih selesa kat situ.

Wassalam.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama