Mengait Kepala Katak

Salam.

Sebelum kait coaster bunga pink haritu, saya ada mengait kepala katak.


Bercakap tentang amigurumi ni, saya akui bahawa saya memang kurang mahir.

Terutama bab sambung bahagian badan dan sulam muka (mulut/hidung).

Practice makes perfect.
Tapi saya memang kurang practice.

Saya rasa penat bila dah buat penat-penat pastu tak comel. Tak kene je muka dia.

Saya patut buat beberapa kali lagi projek yang sama supaya banyak pengalaman, tapi saya macam merajuk je dengan amigurumi bila kait-kait tak jadi. Huhuhu...

Mungkin bila dah mengait 10 kepala katak, yang ke-10 baru comel. Masa tu baru la faham rahsia yang membuatkan amigurumi tu comel

Betul tak...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama