Salam.
Hai kawan-kawan.
Lama tak jumpa.
Saya masih hidup lagi alhamdulillah.
Dah lama menyepi sebab komitmen dengan baby dan usaha menjadi ibu yang hebat.
Asma-Felt-Box ni memang saya dah letak tepi.
Order pun tak banyak dah. Tapi saya tetap pos kalau ada orang order.
Semua stok dah updated kat kedai shopee saya.
Website tu tak update sebab tak sempat.
Sorry tau.
Sekarang dah bulan Disember.
Tapi temperature blanket saya masih terbengkalai.
Setakat ni saya cuma berjaya crochet sampai 4 Jun sahaja.
Ada separuh lagi belom siap.
Sebelom korang tuduh saya hangat-hangat tahi atau pemalas; sila baca dulu kenapa projek ni tergendala.
Sebenarnya tangan kiri saya sakit.
Sejak lahirkan anak kedua setahun empat bulan yang lepas, ibu jari tangan kiri saya sakit dan kene triggered thumb.
Saya rehat lama sangat dari mengait, nak tunggu jari ni betul-betul sembuh.
Tapi bila jari ni dah okay (berbulan juga la nak okay tu) saya pun start mengait semula, urat ibu jari ni sakit balik.
Jadi tak mau paksa diri, saya mengait sikit-sikit sekejap-sekejap je.
Lama kelamaan saya dapati bukan ibu jari je sakit, tapi keseluruhan urat tangan kiri saya ni sakit sampai ke bahu dan leher.
Puncanya saya pun tak tahu.
Mungkin sebab menyusukan anak sambil baring. Posture tu yang buat tangan sakit.
Ataupun ada sebab lain yang tidak saya ketahui.
Jadinya sampai sekarang la saya tak sambung mengait selimut ni, sebab nak tunggu tangan sembuh; tapi tak sembuh-sembuh pun. Makin sakit ada la.
Sebenarnya saya sedih sebab selimut ni tidak berjaya disiapkan.
Tapi kesihatan lebih utama.
Badan nak pakai lama ni, anak baru setahun lebih umurnya.
Anak tu pula tengah fasa separation anxiety; memang takde apa keje saya buat sekarang selain tengok muka dia je.
Fasa ni amik masa 4-6 bulan juga la bergantumng pada baby.
Harap-harap tak lama la.
Saya pun ingat nak stop susu badan.
Tapi sayang pula, susu masih banyak.
Dah jumpa doktor minggu lepas.
Doktor tu pula cakap perkara yang menggusarkan.
Dia amik darah nak check, pastu dia cakap dia takot tulang belakang kat leher saya haus menyebabkan tulang tu kepit saraf. Kalau jadi gitu memang takde ubat.
Saya nak menangis dengar.
Harap-harap takde la macam tu.
Saya pun muda lagi. Taknak la sakit-sakit.
Apapun, saya ada tengok-tengok juga cara mengait guna sebelah tangan.
Macma susah juga.
Tapi kalau nak seribu daya kan.
Okay, tu je la kot nak citer.
Kait benda lain memang takde.
Tapi gian betul nak mengait ni. Huuuu.
Jumpa lagi.
Wassalam.