Mafla Crochet untuk Pelarian Syria

Salam.

Pagi tadi dapat notifikasi bahawa barang² crochet amal Warm Their Winter dah sampai.

Baru teringat saya tak citer pun lagi pasal tu.

Pada bulan September lepas group crochet amal ajak sape² menyumbang ke pelarian Syria yg bakal menghadapi musim sejuk. 

Tapi ada masa 15 hari je.
Saya pun apalagi, pulun la mengait dengan menggunakan benang yang sedia ada.

Lepas anak-anak tido pukul 9.30-10.00 gitu saya pun start mengait sambil tengok drama Westworld. Pernah tengok season 1 je, kali ni marathon semua season yang ada.

*Westworld ni BUKAN untuk tontonan keluarga. Sebab ada banyak babak tak pakai apa-apa dan tak sensored*

Akhirnya saya berjaya siapkan 3 helai.
Ingat nak buat yang keempat, tapi macam tak sempat je.


Ini mafla pertama.
Panjangnya 100cm. Tapi macam pendek je. Sesuai kot untuk kanak-kanak.


Ini mafla kedua.
Saya suka kaler ni, cuma nampak kusam je warna putih macam ni.
Yang ni panjang sikit, tak ingat berape cm. Yang ni sesuai la untuk dewasa pakai.


Ni mafla ketiga dan yang paling saya suka. Sebab warna dia tu ceria. Yang ni pun panjang untuk dewasa.

Semoga dorang suka mafla saya ni.

Malaysia ni panas.
Kalau tak panas, saya pun nak pakai mafla ni.

Wassalam.



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama