Apron Kanak-kanak Diy

Salam

Ini adalah kraf jahitan pertama yang saya buat tahun ni (dan beberapa tahun kebelakangan ni), iaitu apron kanak-kanak.


Apron ni memang nampak tak sempurna sebab:
1) suami saya yang amik gambar
2) belom adjust ikot ketinggian anak

Kisahnya, cikgu minta bawa apron untuk aktiviti messy play dan apron tu akan ditinggalkan kat sekolah.

Saya dah pernah cari apron untuk kanak-kanak sebelom ni tapi tak jumpa².

Bila cikgu minta bawa, saya tahu pergi cari pun tak guna juga sebab memang pernah cari tak jumpa. Maybe ada la kot tempat yang saya tak tahu. Tapi itulah tak tahu. Huhu...

Nak order online pun tak sempat sebab lusa dah nak pakai.

Lalu saya pun jahit la sendiri menggunakan apa² je kain yang ada. 

Kain hijau ni je yang nampak bukan keperempuanan, maka jadi la apron ini.

Lepas anak test dan amik gambo semua, baru saya perasan apron ni labuh. So saya dah pendekkan leher dia tu maka elok terletak kat badan dia.

Tapi dia pulak lari² taknak amik gambar. Maka takde la gambar yang elok. Huhuuu sedih kan.

Apapun, saya ada beli kain yang cute sikit untuk buat apron lain untuk dia. Nanti cik abang cuti, saya jahit la. Maybe kalau rajin saya buat videonya sekali in shaa Allah.

Wassalam..


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama