Salam.
Saya nak tunjuk projek kedua saya iaitu topi kait baby.
Model ni tak bertenang.
Susah nak amik gambar.
Ini gambar yang paling okay yang berjaya diambil.
Tapi bila amik gambar kat meja, jadi gini pulak kalernya.
Warna dia sebenarnya sweet sangat macam gambar pertama tu.
Tapi gambar pertama pula tak clear.
Saya kene belajar amik gambar ke, atau memang phone ni tak okay.
Phone ni suka adjust kaler sesuka hati.
Maybe sesuai la untuk kita nak selfie atau nak gambar cantik.
Tapi saya nak gambar nampak real.
Tak mau la gambar cantik sangat, tapi bila dapat barang, tak sama pun dengan gambar.
Saya ada baca yang terbaik ialah amik gambar waktu siang di bawah natural sunlight.
Maybe saya kene selalu pergi taman dan amik gambar kat rumput-rumput tu.
Topi baby ni open untuk tempahan.
Bole order kat asmafeltbox.com/shop
Bole request saiz dari newborn ke dewasa.
Wassalam