Asma Kiyut Box Bulan Mac

Salam...

Start bulan ni saya memperkenalkan projek baru asma-felt-box iaitu Asma Kiyut Box.

Haha.
Nampak sangat takde idea nak bagi nama apa.

Setiap bulan saya akan keluarkan satu jenis handmade; dan ada 10 kotak je.

Dia ala-ala macam mainan Happy Meal McDonald.
Ada tempoh dan dapat mainan lain-lain.

Asma Kiyut Box ni pun macam tu cuma tempoh dia satu bulan.
Setiap bulan handmade lain-lain.

Bulan Mac ni adalah bulan pertama.

Jadi handmade Asma Kiyut Box pertama pada bulan March ini ialah :


Gudetama!

Comel kan.

Saya baru je tonton Gudetama kat Netflix haritu, ya Allah comelnya dia.
Walaupun saya tak berapa faham citer tu pasal apa, tapi comel sangat tengok juga sampai habis.
Comel punya pasal saya buat Gudetama ni 10 biji.
Sekali dengan putih telur dia sebagai tikar tempat duduk.

Berminat, dapatkan kat kedai Shopee saya 

Wassalam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama