Cuma quick update.
Saya tak menjual dah kat Shopee.
Saya dah lama dah tak suka Shopee.
Dan duit dalam Shopee tu saya tak dapat keluarkan.
Boleh keluarkan kalau saya bagi dokumen yang diperlukan, cuma saya takde selera dah menjual kat situ.
Sebab pertama, memang dah lama takde orang beli kat shopee saya.
Sebab kedua, saya tak boleh lawan harga China, INdonesia, Vietnam dan semua tu. Kalau lawan juga macam bodoh je, takde untung.
Sebab ketiga, saya nak support local. At least saya nak guna kurier local iaitu Poslaju. Shopee memang pakai spx je dah sekarang ni.
Komisen shopee yang meningkat tu saya tak kisah sangat.
Memang patut pun kita share keuntungan dengan rakan niaga.
Cuma tiga perkara tu je la buat saya hilang selera.
Oleh itu saya dah beralih ke Carousell.
Sebab Carousell guna kurier Poslaju.
Ni link kedai baru saya : https://www.carousell.com.my/u/asmafeltbox
Sebenarnya saya nak jual direct je macam zaman dahulu kala.
Tapi mungkin la ada yang rasa sangsi bei direct.
Maka saya pakai juga la marketplace, sebab dia ada buyer protection.
Okay tu je nak cakap.
Waaalam...
0 Ulasan