2025 bakal melabuhkan tirai..
Saya nak recap balik azam tahun ni. Adakah berjaya dijayakan?
Azam 2025
1. Nak buat 100 handmade
Dan hasilnya saya berjaya buat 230 handmade. WooHooo
Awalnya saya dah buat 63 buji handmade (check highlight IG), oastu saya join event dapat buat 167 handmade. Yay!
Tak sangka banyak macam tu. Sangat puas hati.
Nah, rekod saya kait untuk event tu
2. Letak 100 handmade kat kedai online
Okay, yang ni kurang berjaya sebab malas nak upload gambar apa semua tu.
dapat juga la letak sikit. Nak tau banyak mana, kene tengk sendiri kat kedai online saya
________
Okay, jom kita proceed ke azam 2026 pula
Azam 2026
Azam tahun ni sama je kot nak buat 100 handmade.
Boring pula setiap tahun pun sama.
Apa kata tahun ni saya cuba dokumenkan handmade dengan buat short update : Handmade Apa Hari Ni? sebanyak 100 post.
Hampir setiap hari saya akan upload photo kraf saya buat harini dengan caption pendek.
Saya tak suka tulis pendek kat blog. Tapi nak tulis panjang pun takde idea, last-last tak tulis.
Nak post kat ig, tapi ig suka gambar lawa-lawa. Macam tak sesuai pula.
KIta cuba buat tu ye sebanyak 100 post.
Tengok dapat ke dapat.
Pastu saya ada azam lain yang tak berkaitan dengan kraf iaitu:
- Walking 5km setiap hari
- Baca Quran 10 ayat setiap hari
Tahun ni saya walking dalam 2km je sehari, itu pun bukan tiap hari.
Saya dah tua dan saya kene fit sebab anak saya kecik lagi, baru 4 tahun.
JAdi saya kene paksa diri jadi fit.
Mak pergi gym, memang tak la. Bersukan lagi tak. Berjalan je la yang paling mudah, tu pun masih malas. Tahun ni paksa diri sikit, tengok berapa hari saya berjaya berjalan 5km.
Baca Quran pula memang bukan amalan saya. Ada kisah kenapa saya tak baca Quran, Kisahnya simple je, saya tak suka belaja mengaji masa kecik-kecik dulu. Sebab guru mengaji saya suka terpekik terlolong masa ajar budak mengaji. walaupun bukan memekik kat saya, tapi saya berada kat situ dan saya betul-betul benci tak suka pergi mengaji. Bila dah khatam saya terus happy tak terkira, aku merdeka. Yahoooo! Pastu saya terus tutup Quran dan tak baca dah. Ada la juga baca bila insaf tapi berthan kejap je. Bila databg period, terus tak sambung.
Kini dah 40 tahun hidup, takkan taknak buka Quran lagi?
Mata pun dah rabun dekat, takkan taknak buka Quran lagi?
Saya siap subscribe app Quran untuk encourage diri tapi pattern yang sama la, datang je period terus tak ingat dah.
Oleh itu tahun ni saya berazam nak baca 10 ayat je sehari.
Saya akan usaha buat setiap hari.
Siap beli lagi jadual ni kat Mr. DIY sebagai motivasi
Okay kita jumpa tahun depan pula. Tengok berjaya ke kita sempurnakannya..
Wassalam


0 Ulasan