Organizing Felt Scrap...

Salam...

Nak share ngn korang macam mana cara saya simpan felt scrap yang nak digunakan lagi untuk project felt craft yang seterusnya; tapi nak simpan elok-elok supaya jimat ruang dan senang nak cari kaler...

Sebagaimana yang korang tau, bulan lepas saya busy giler...
Bilik saya bersepah macam tong sampah besar DBKL...
Belom tgk lagi sudut craft yang kat luar tu (aka ruang tamu depan pintu)...
Perghhhh!!!

Lepas siap seme order, baru la perasan yang keadaan persekitaran saya sangat la menyedihkan...
Serta merta hatiku berasa dukacita....

Mana tak dukacitanya...
Tengok neh!

Kalo ni la bilik korang, adakah hatimu berasa hepi...?
Kalo hepi, tak tau la korang berasal dari planet mana... :P

Time ni kebetulan nak update shopping cart saya dengan kaler2 felt yang ada...
Timbul idea nak gulung bagi nampak kaler2 dengan jelas...

Tengah menggulung dalam sepah...
(tapi sekarang dah kemas tau... Hihihi)

Sambil2 gulung tu duk pikir camne nak simpan felt ni biar dia jadi tak sepah camni..
Tiba2 mentol muncul di luar kepala...
Alang2 dah gulung, nape tak gulung semuanya sekali...?
Pastu simpan je dalam box yang sama tu...
Ye tak ye jugak...

Selepas 3 jam (gulung sambil layan hindustan..)

TADA!!!!

SIAP PUN!
Erm... Bila dah gulung nampak sikit la pulak...
Ni felt yang lama2 sebelom ni

Ni pulak felt scrap yang baru sampai aritu...
Ada 30 kaler semuanya...
Dah siap amik gambar dan upload kat shopping cart dah...
Kaler bole tengok kat SINI

Camana, okay tak idea ni...
Harap bole apply kat felt korang pulak...

Selamat Mencuba...

Wassalam.... 

Comments

Assalamualaikum

Kami membuat handmade felt craft; serta menjual bahan-bahan krafnya sekali.

Bisnes ni online dari rumah dan semua order dipos ke seluruh dunia.

Tiada self pick-up. Tiada COD


Waktu urusniaga : 11pg-4ptg (Isnin-Jumaat)
Cuti : Sabtu & Ahad
Pos barang : 4ptg (Isnin-Jumaat)
Kurier : Poslaju


email : asema84@gmail.com

whatsap :018-3798330
shop : asma-felt-box.com

ssm : 002186823-k

Popular posts from this blog

Tutorial: Cara Kira Harga Poslaju

Tutorial : Cara Buat Minyak Kelapa Dara di Rumah

Tutorial: DIY Handmade Wedding Card