Felt Craft Tutorial: Simple Felt HAir Clips

Salam...

Hai semua...
Seronok tak cuti?
Dalam cuti-cuti ni jom kita relax-relax sambil buat felt craft..

Harini saya nak share satu projek yang tersangat simple..
Sesuai la untuk budak-budak sekolah and beginner...
TUTORIAL: SIMPLE FELT HAIR CLIP atau dalam bahasa Melayunya SEPIT RAMBUT FELT VERSI SENANG SANGAT-SANGAT

Bahan-bahannya ialah:
Felt sekeping (saya guna polyester felt)
Sepit rambut sepasang
Butang comel : Saya guna butang bapak besar, butang bunga dan butang bulat kecik
Benang dan jarum serta gunting

CARA-CARA


Mula-mula tekap bentuk sepit rambut
Pastu potong besar sikit dari saiz sepit rambut tu...
Potong 4 keping macam ni:

Mula-mula nak buat bahagian atas dulu:
Amik sekeping felt tu dan jahit butang bapak besar kat bahagian hujung yang lebih besar

Pastu jahit pula butang bunga kat atas dia

Pastu jahit pula butang bulat kat atas bunga tadi...
Siap bahagian atas...

Sekarang nak buat bahagian bawah pulak...
Amik sekeping yang lain dan buat garis camni dan potong ikot garisan tu..

Selitkan sekeping hair clips kat dalam lubang tadi

Siap bahagian bawah..

Sekarang kita nak cantumkan bahagian atas dan bawah pulak

Lapiskan macam ni...

Pastu jahit sekeliling dengan jahitan insang pari
KAdang-kadang saya guna jelujur..
Ikot kreativiti korang

JAhit sampai habis...
Siap!!

Buat dua pasang tau...
Baru cun...

Selamat mencuba.. ^_^

Wassalam...



Previous
Next Post »