January Birthday Giveaway!

Salam...

Baik la..
Korang ingat tak sebelom ni saya ada buat GiveAway Birthday..
Ingat kan?
Tiba-tiba GA tu lenyap camtu je...
Sebab saya tak dapat komit dan asyik2 lupa je... Haha...

Apapun, yang penting hadiah semua dah bagi..

Kini, saya tak serik-serik lagi...
Nak start semula GiveAway Birthday Present tu..
Kali ni saya dah well prepared..

Saya dah siapkan 4pcs hadiah utk bulan January sampai April..
Dan harini saya akan buat autopost kat blog ni...
Mana la tau lupa lagi kan.. Nanti tiba2 keluar je post tu sampai saya sendiri terperanjat badak ingta ada orang hack.. Sape la nak hack blog kecik ni... Kuang kuang kuang...

Orait;


Berikut ialah syarat2 penyertaan:
  • Terbuka kpd semua penduduk di Malaysia. Bangla pun bole asalkan duk kat Malaysia.
  • Peserta dan penerima hadiah wajib mempunyai alamat surat menyurat di Malaysia (kerana saya akan gunakan alamat peserta sebagai pengirim dan alamat penerima sebagai penerima... Sy cuma tukang sponsor je..)
  • Peserta perlu memilih orang tersayang yang lahir pada bulan Januari sebagai penerima hadiah. (pakwe, makwe, suami, isteri, ayah, ibu, anak ,kakak, abang atau sesiapa asalkan korang sayang kat dia)
  • Peserta TIDAK BOLEH memilih diri sendiri sebagai penerima hadiah, kerana niat saya nak sponsor hadiah UNTUK orang yang korang sayang. Kalo korang sayang diri sendiri lebih dari menyayangi orang lain, mungkin korang bole cuba berkorban dan pilih orang yg kedua paling korang sayang.. Kalo tak berjaya berkorban, cuba lagi smpai berjaya.. Jangan putus asa k...
  • Peserta perlu mengisi borang di bawah dengan lengkap dan jujur. Borang yang tidak lengkap atau berunsur kepalsuan akan didakwa. (borang itu yg akan didakwa, bukan penulisnya. Jadi jgn bimbang.. Hahaha)
  • Peserta hanya boleh menghantar satu borang sahaja. Lebih dari satu borang secara automatik penyertaannya akan terbatal.
  • Pemenang akan dipilih secara musyawarah (ahli panel asma-felt-box)
  • Hadiah akan diposkan pada 20hb Januari.. Oleh itu kemungkinan hadiah sampai pada bukan tarikh lahir penerima adalah tinggi.. Oleh itu kpd mereka yang sangat menepati masa, anda tidak digalakkan menyertai kerana khuatir tidak berpuas hati dgn waktu sampainya hadiah tersebut dan tidak dapat tidur malam memikirkannya.. 
  • Hadiahnya:
Mini Pillow Good Nite.. Mini Pillow ni kecik sangat.
Buat hiasan je ya.. Jangan peluk plk nanti lunyai...

  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 19 Januari 2014.

Cara-cara menyertai:

Sape nak try, sila isi borang kat sini: http://asma-felt-box.blogspot.com/p/blog-page.html

Senang je kan...
Sape2 yang baik hati sila2 la share GA ni, bagi lebih ramai member2 korang  berpeluang memenanginya...

Best of Luck!

Wassalam....

Comments

  1. Menarik , Tapi saya tak de friend/family lahir bulan 1 . . . T_T

    ReplyDelete
  2. Try next months ya.. in shaa Allah sy akan buat tiap2 bulan. Setakat ni dh ready smpai bln April.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum

Kami membuat handmade felt craft; serta menjual bahan-bahan krafnya sekali.

Bisnes ni online dari rumah dan semua order dipos ke seluruh dunia.

Tiada self pick-up. Tiada COD


Waktu urusniaga : 11pg-4ptg (Isnin-Jumaat)
Cuti : Sabtu & Ahad
Pos barang : 4ptg (Isnin-Jumaat)
Kurier : Poslaju


email : asema84@gmail.com

whatsap :018-3798330
shop : asma-felt-box.com

ssm : 002186823-k

Popular posts from this blog

Tutorial: Cara Kira Harga Poslaju

Tutorial : Cara Buat Minyak Kelapa Dara di Rumah

Tutorial: DIY Handmade Wedding Card