DIY KIT FELT CRAFT: CARROT KEYCHAIN

Salam...

Selamat Hari Pekerja...
Cuti ke harini...?
Saya cuma cuti pos barang je.. keje2 lain masih berjalan seperti biasa... Hohoho...

Zaman sekolah dulu ada je orang dewasa tanya, "tak pergi sekolah hari ni?"
Dan saya jawab, "Tak, hari ni Hari Pekerja."
Dan dia balas, "Aik, memang Hari Pekerja. Tapi awak bukan kerja, awak kan sekolah."
Pastu saya malas la nak balas balik..

Kalo balas pun orang dewasa tu akan gelakkan saya (padahal gelakkan lawak sendiri..)
Kalo balas, "A'ah la.. Saya bukan pekerja." orang tu akan gelak..
Kalo balas, "Tapi cikgu kan pekerja, makcik kantin pekerja, kerani sekolah pekerja, pakcik jaga pekerja. Kalo semua cuti, sape nak ajar kami?." orang tu akan gelak..

Sekarang dah dewasa, saya tak menikmati Hari Pekerja.
Tapi Mr. Wolverine menikmatinya dengan bekerja gaji double. Itu lebih berbaloi dari bercuti kan..
Saya teringat kawan2 saya yang kene keje pada 1 Mei dan gaji macam biasa..
Dan macam biasa jugak la, nak tanya banyak2 takot bos marah n kene pecat. Nak nak bos Melayu//
Jadi terima je la..

Wokep...
Nak memperkenalkan DIY FELT KIT yang kedua iaitu:

DIY KIT FELT CRAFT: KEYCHAIN LOBAK MERAH

Pek ini mengandungi:
Felt 
Brads
Ribbons
Keyring
Fiber
Benang dan jarum
Template
Manual Step by Step cara jahitan

Pek ini cukup untuk buat 5 biji keychain lobak merah

Ia juga dipekkan dalam bekas plastik untuk memudahkan penyimpanan.

Harga: RM12.00/pek

Berminat bole isi borang kat sebelah kanan 
Atau bole direct order kat http://shop.asmafeltbox.com

Wassalam...



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama