Palestine... :'(

Salam..

Sekarang ni hati tengah panas dengan dengan kes Palestine kene bedil dengan Israel.
Wall FB saya penuh dengan gambar dan video yang saya sendiri tak tergamak nak tengok..
Gambar mayat budak2 kene sembelih, budak2 berdarah..
Sejuk tangan tengok...

Panas hati...
Apa nak buat...?
gambar cilok dari IKRAMTEENS

1. TEMBAK DENGAN DOA 
Nak tembak dengan senapang, tak mampu..
Jom tembak dengan doa... 
KAlo tak tau nak doa apa.. Jom baca Doa Qunut Nazilah ni:


2. PERANG BOIKOT PRODUK ISRAEL
Puas jugak saya cari produk yang diyakini disalurkan kepada tentera Israel.
Sebab karang silap boikot produk yang takde kene mengena, kesian pulak syarikat tu.
Berikut adalah produk yang boleh kita boikot.

Sumber saya dapat dari blog INIJALANKU
Jom follow blog ni. Banyak info berguna kat situ

Ni saya pastekan apa yang blog tu tulis..
Produk yang macam popular n biasa guna saya kalerkan warna merah
Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:
Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI
Syarikat : Coca-ColaMcDonaldsBurger KingPizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.
Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.
Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.
Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.
Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.
Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.
Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.
Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.
Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.
Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.
LAIN-LAIN SYARIKAT
Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olay, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean
MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman
COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic
Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.


MAklumat ni sekiranya ada yang kurang tepat sila maklumkan kat saya ya..
Dan kalo ada apa2 nak tambah bole komen kat bawah ataupun nak email pun bole..
Nanti saya tambahkan.. :>

Kat Facebook saya baca, ada banyak komen2 seperti ini:

1. Nak boikot sangat. Boikot la Facebook ni jugak! Ada bran?
    - Facebook tak perlu diboikot sebab kita tak bayar apa2 utk guna facebook (kecuali kalo korang nk bayar utk iklan dia). Kita cuma meramaikan pengguna facebook dan kenapa tak dalam masa yang sama gunakan medium hebat yahudi ni utk memberi informasi dan menyatukan umat Islam seluruh dunia melalui, komen, share dan like. Banyak pahala kita bole dapat kalo pandai menggunakan facebook dngan betul.

2. Alaaa.. Saya ada secarton sabun lux, ubat gigi colgate 2 kotak, berus gigi oral-b sedozen, alat solek semua jenama Maybelline, laptop, maggie stok sebulan, biskut Danone, perfume Boss yang baru beli. Takkan nak buang semua tu.. Mampos la!
   - Jangan buang... Memandangkan dah beli, pakai je sampai habis. Kalo buang lagi rugi. Duit dah sampai kat dorang, barangnya kita buang pulak. Cuma lepas abes ni jangan beli dah. Bertukar ke produk jenama lain. Beli barangan dorang takde la sampai berdosa. Cuma kita nak kurangkan keuntungan mereka supaya duit yang sampai ke tentera Israel tu kurang. At least itu je yang mampu kita buat untuk saudara kita yang berjihad kat sana..

3. Kalo saya bertandang kat umah saudara dan dia serve Nescafe, bole ke minum.. Tapi saya boikot!
    - Bole2. Minum je. Sebab macam saya mention tadi kan, barang dah beli, duit dah masuk sana dah. Cuma elakkan beli barangan mereka pasni.. Kalo tak minum membazir je. Lagi pulak nanti dianggap sombong..

4. Saya suka tengok Disney Channel kat Astro ni. Tak bole la tengok dah. Tapi saya dah subscribe. Sedihnya.. :(
    - Memandangkan dah subscribe, bole je tengok. Lagipun, Astro dah bayar untuk dapatkan channel tu dari Disney. Yang nak dielakkan ialah beli DVD, download berbayar atau tengok citer Disney kat wayang. Sebab time tu kita keluarkan wang dari wallet untuk dapatkan produk Disney tu...

5. RAsanya saya tak mampu nak boikot semua senarai kat atas tu.. Sebab saya pakai hampir semua barang2 tu. Kalo tak pakai pasti saya akan mati... T__T
   - Takpe2.. Kalo rasa tak mampu nak boikot semua barang tu, cukup la dengan boikot 1 barang yang paling kerap dibeli dan tukar kepada jenama lain.. Contohnya rokok Marlboro atau Milo atau McD. Tengok yang mana paling kerap beli/guna tukar jenama lain. Boikot 1 pun dah memadai.
   - Kalo tak mampu tukar jenama (mungkin sbb produk tu takde tolok bandingnya) bole kurangkan pembelian produk tu. Contohnya makan McD2x seminggu, kurangkan kpd 1x seminggu, kurangkan kpd 2x sebulan dan akhirnya sebulan sekali. Walaupun tak boikot, tapi mengurangkan pembelian dah banyak efek.. Bayangkan semua rakyat Malaysia mengurangkan pembelian kepada separuh dari biasa. Banyak efek tu.. 

6. Kalo kita boikot semua ni, susah la rakyat tempatan kita nak kerja. Habis semua makan pasir.
    - Tak mungkin la makan pasir.Dengan boikot syarikat2 gergasi ni,duit masuk ke mereka akan berkurangan dan dana perang Israel pun berkurangan. Apalagi bila dana2 tu kebanyakan hasil pembelian dari saudara Islam sendiri.Sekiranya boikot ni sangat berjaya, rakyat tempatan akan beralih ke produk tempatan dan secara tak langsung memajukan bisnes tempatan dan secara tak langsung juga tak bawak keluar duit negara keluar dari Malaysia. Pengusaha tempatan akan dapat lebih keuntungan dan dapat expand produk hasil dari demand yg tinggi. Sekiranya demand tinggi dan pengeluaran produk meningkat, pengusaha memerlukan lebih pekerja.Sekiranya boikot ni terlampau berjaya sehingga mendesak syarikat yahudi ni buang para pekerja, pekerja2 ni akan beralih bekerja utk pengusaha yang perlu meningkatkan pengeluaran produk tu nanti dan perlu expand lg utk mengisi tempat kosong brg2 yg diboikot. Dan sekiranya syarikat yahudi ni terpaksa keluar dr Malaysia krn x dpt apa2 keuntungan, syarikat tempatan akan mengambil alih kembali tempat2 mereka tadi. Para pekerja berpeluang mendapat kerja yg sama, di bawah syarikat yg berlainan…Sebenarnya boikot ni dapat kurangkan dana tentera Israel dan bawa keuntungan besar kpd usahawan tempatan. Kita akan mampu memajukan ekonomi negara kita sendiri hasil dr produk tempatan. :)

7. Saya taknak boikot la. Saya tak paham apa manfaatnya nak boikot
    - Tak nak takpe.. Cuma bayangkan jika negara yang tengah dibedil oleh israel sekarang ialah Malaysia. Anak2 dan org tua mati bergelimpangan, rumah2 runtuh, makanan dan minuman takde. Israel semakin ranjak dengan tentera berpuluh ribu dan senjata canggih hasil dari sumbangan syarikat2 gergasi seluruh dunia. Dan umat Islam di seluruh dunia masih turut menyumbang dengan membeli produk2 mereka walaupun tau kita sedang dibom merata-rata. Kita tertanya2 kenapa sanggup tolong mereka walaupun tau kita tengan dipupuskan.? Tapi kita takkan faham semua ni sebab ia belum berlaku pada kita lagi.. Apapun, kalo tak boikot pun tak salah.. :)

3. Derma semampunya
Walaupun negara kita tak mahu mampu nak hantar bala tentera, pesawat dan senjata ke sana untuk sama2 membantu saudara Islam, tapi kita dari sini masih mampu membantu dengan memanjatkan doa dan menderma. 
Ini ada 2 badan yang saya ikuti perkembangan mereka...



NGO ni dah ada link dengan orang kat sana, jadi kita boleh bank-in sebanyak mana yang mampu dan pada bila-bila masa.
Wang yang terkumpul ni akan digunakan untuk membekalkan makanan, pakaian, ubat-ubatan dan sebagainya kepada rakyat Palestine. 
Banyak atau sikit tu tak penting, berilah sekadar yang kita mampu..
Bila kita mati nanti, terputuslah semua amalan kecuali sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kita. 
Sementara sempat ni, jom kita bersedekah semampunya... In shaa Allah....

4. Perang Siber
Sebenarnya bukan la perang sangat, tapi saling update info terbaru dan saling memperingati sesama kita.. Bukan orang Islam shj yang tak menyokong perbuatan Israel, tapi semua bangsa dan agama meluahkan rasa kesal dan marah dengan tindakan mereka ni, tapi mereka tak dapat buat apa-apa. 
Pelik kan.. 
Dengan saling berpesan dan share, biar ianya menjadi satu trending yang lama dan pihak Israel tau bahawa seluruh dunia tidak menyokong mereka. 
Ada juga antara manusia yang terlepas pandang kes ini atau salah faham gara-gara maklumat songsang dari pihak Israel dan sekutunya, oleh itu melalui dunia siber ini sahaja lah kita mampu mewarwarkan kekejaman yang berlaku kini..

5. Itiqamah
Memang tak disangkal, boikot, Israel dan Palestine ni adalah satu trend. Time macam ni penuh dalam media sosial tentang hal ni. Lama2 makin senyap dan kita lupa. Yg boikot pun lama2 tak boikot dah.. Jangan kata orang lain, saya pun sedikit sebanyak macam tu juga. 
Tapi kali ni mari kita istiqamah. 
JAngan jadikan ianya satu trending sahaja..
Walaupun satu masa nanti kita dah tak share gambar mayat2, doa dan info terkini, tapi doa tetap tak putus, boikot tetap tak putus, dan derma tetap tak putus..

Mereka (Palestine) tak berganjak dari bumi suci tu gara2 mempertahankan Masjid al-Aqsa, terus menerus beranak pinak dalam kesempitan demi jihad, demi agama, demi Allah, demi menuju syurga Allah. 
Kita kat sini hanya 3 perkara kecil ni yang mampu dilakukan untuk memberi sokongan kepada mereka, in shaa Allah...

Agaknya kalo bumi bertuah Malaysia ni kezalimi sebagaimana mereka, ada tak saudara kita yang sudi datang membantu? 

Allahualam..

Wassalam...

No comments:

Post a Comment