Cabaran Keempat : Buku Kegemaran Saya

Salam..

Bertemu kembali ke Cabaran 30 Hari yang seterusnya..
Topik keempat ialah BUKU KEGEMARAN SAYA

Dari kecik saya suka pi library sekolah dan baca buku fiksyen...
Tapi saya tak ingat mana2 buku yang jadi kegemaran saya time tu..
Dan malangnya saya tak baca novel (kecuali karangan Ahadiat Akasyah)
Dan saya membesar dengan komik, jadi komik ni consider buku gak ke?

Kalo ya, buku kegemaran saya ialah:

Mutiara Naga aka Dragon Ball

MUTIARA NAGA!
Gambar tu dicilok dari blog Otak dan Jantung

Komik ni dihasilkan oleh Toriyama Akira yang digelar God of Comic sebab Dragon Ball ni memang best giler...
Lukisan dalamnya pun cantek gila..
Punya la saya suka kat komik ni sampai setiap lukisan saya (zaman remaja dulu la) muka macam Goku (hahaha)
Actually semua watak dalam ni muka macam Goku, cuma rambut je lain sikit..

Watak yang paling saya suka ialah Son Gohan
Anak sulung Son Goku
Gohan ni ada bakat dan kuasa yang lebih besar dari Goku
Tapi dia tak suka berlawan
Dia suka belajar dan nak jadi seorang cendikiawan
Tapi demi menyelamatkan bumi dan umat manusia, Gohan terpaksa berlatih sampai terer lebih dari Goku.. 
Yg paling best, Gohan yang lemah lembut ni kalo naik angin kuasanya akan jadi tersangat besar.

Saya suka kesah time Gohan remaja dan nak pegi belajar kat bandar Satan..
Sehabis baik dia simpan tenaga demi tak nak menarik perhatian..
Tapi dia ter"berlawan" dengan orang jahat dan kecoh satu bandar tentang manusia yang berkuasa luar biasa..
Maka Gohan pun pakai outfit (atau topeng) dan menggelar diri Super Saiya Man demi menyembunyikan identiti sebenar dia.

Seronok betul mengimbas kenangan lalu... ^__^

Dah dewasa ni saya dah tak baca komik dah..
Saya beralih ke tengok movie..
Sebab takyah baca, dan biasanya pelakon utamanya ensem..
Dapat la cuci mata.. Hahaha..
(Haip, apa punya perangai ni..)

Bila saya start asma-felt-box, saya mula membaca artikel berkenaan dengan bisnes..
Memandangkan saya takde ilmu bisnes, memang la kene banyak cari ilmu melalui pembacaan..
Dan ini adalah salah satu buku kegemaran saya:


Why A Students work for C Students and work for Government
Penulisnya ialah Robert Kiyosaki penulis buku Rich Dad, Poor Dad

Buku ni menceritakan tentang pengurusan kewangan..
Kita selalu pikir, kalo nak banyak duit kene la keje kuat...
Instead of ada 1 keje, tambah lagi satu keje mlm dan keje ujung minggu.
Baru byk duit..

Tapi orang kaya yang sebenarnya, dorang pikir macam mana nak dapat duit tanpa bekerja..

Saya ada baca kat Facebook satu komen, "aku lebih rela makan gaji sampai mati, dari jadi orang yang goyang kaki je tapi dapat duit, bukan berkat pun rezeki dorang tu?"
Itu adalah tidak benar..
Walaupun ada yang macam tu, tapi bukan semua orang yang goyang kaki makan rezeki yang tak berkat..

Komposer yang cipta lagu, akan berterusan dapat royalti walaupun dia dah mati..
Penulis buku, akan berterusan mendapat royalti selagi ada orang yg membeli buku itu walaupun dia dah mati..
Orang yang mencipta satu brand dan dibeli atau dilabur oleh orang lain (KFC contohnya) akan berterusan dapat keuntungan selagi dia ada syer dalam perniagaan tu walaupun dia dah mati
Orang yang ada 2 biji rumah dan sewakan dia akan berterusan dapat duit sewa selagi ada orang yang menyewa rumah tu walaupun dia dah mati.. 
Orang yang buka kilang baju dan ada 100 pekerja sebenarnya berkongsi rezeki penghasilan baju kepada 100 orang pekerjanya..
Adakah rezeki tu tak berkat?

Ada cara utk dapatkan rezeki berkat, cuma kita perlu ada imu dan pilih mana yang sesuai untuk kita..


Ahli perniagaan yang sebenar ialah orang yang ada perniagaan yang running tanpa kehadiran mereka..
Dan yang terhebat ialah orang yang takde perniagaan, tapi duit masuk je..
Camana nak buat?

Buku ni ada explain sikit2 tentang hal tu..
Kalo nak tambah ilmu, sila la baca...

Orait, jumpa lagi dalam cabaran ke 5 iaitu : 3 Perkara yang ingin saya katakan kepada bekas kekasih..
Hahaha..
Topik camni pun ada ke..?

Wassalam..

Previous
Next Post »