Tanam Sendiri Sayur

 Salam..

Sejak bulan lepas saya mula baca-baca tentang tanam-tanaman..
Kemudia terjumpa satu group kat fb namanya Kebun Mini..
Join la, nak belajar jgk camana nak berkebun mini ni..

Rupa-rupanya, member kat situ bukannya ada kebun mini..
Hampir semuanya ada kebun yang besar dan subur..
Kerdil sangat rasa diri ini..

Nak gak berkebun mini..

Punca nak berkebun tu bemula dengan lengkuas yang saya beli ni, selalu pakai beberapa hiris je, pastu buang.. sebab jarang guna lengkuas.. lama2 dia kecut..
Biasa2 saya suka tumis dan masak merah je kat rumah..

Sayang tau, lengkuas tu bapak besar, pastu buang pulak..
Tu la saya start cari2 cara nak tanam lengkuas.
Rupa-rupanya nak tanam lengkuas tu tanam je la terus..
Hahaha.. BAru aku tau..

PAstu saya jumpa jugak cara tanam sayur yg rupa dia macma sawi campur kubis tu..
Caranya cuma potong bontot sayur tu dan masukkan dlm air..
Pastu bila dah tumbuh baru tanam dalam pasu..

Saya pun try 2 biji..

Tengok..
Saya tak pasti sama ada ia tumbuh atau pun yag sekeliling dia tu yang mengecut
(ni gambar 2 minggu lepas)

Memandangkan kami duk flat, mana ada tempat nak tanam, jadi pergi la beli pasu kecik 2 biji, tanah satu bag, baja tahi ayam sepaket kecik dan Cik Abang belanja tool menanam 1 set. 
Yg rupa dia macam penyodok tu tapi versi tangan punya..
Mekasih Cik ABang.. ^^

Satu pasu ni saya tanam lengkuas

Tak pasti betul ke tak ni..
Bnatai je la..
Setakat dia saya tengok dia tak kecut2 pun..
Mungkin menjadi la tu..

Satu pasu lagi saya pindahkan sayur yang gambar pertama tu..


Time ni daun dia dah mekar kan..
HUhuhu..
Masa nak transfer ni kan, takot sangat tau..
Kot kot la dia terkejut lalu mati ke..
Harap2 tak la..

Pastu ada sekali tu kami beli serai sebab nak masak kerutuk..
Nak 2 batang je, tapi pergi beli banyak pulak..
Alang2 biarkan dia mengecut, saya search cara tanam serai..

Dia suruh masukkan dalam bekas air, bila akar dia dah tumbuh baru transfer ke tanah..
Saya pun rendam lah dalam mangkuk.


Sori, takde botol atau jar yang sesuai..
Tapi kan, tak tumbuh-tumbuh pun..
Rasanya saya dah kene tipu ni...

HAri-hari saya check dah tumbuh ke belom..
Akhirnya tengahari tadi nampak ada 2 batang dah tumbuh akar kecik sangat..
Hohohoho..
Suka sangat hati aku..


Nampak tak akar tu..
Malu-malu je dia nak keluar..

Dan satu lagi..
Bulan lepas saya keringkan cili kecik 
NAk guna bijinya sebagai benih tanam pokok cili..

Cili ni pun satu hal jugak..
Time beli, dapat pakai separuh je, separuh lagi buang sebab tak sempat makan...
Kadang2 tu makan cili yang dah tak fresh, tak rasa dah keciliannya itu..

Cili yang dah dikeringkan tu, saya amik bijinya dan semai dalam bekas telur..
Jimat sikit. Hahaha..
Haritu dah simpan bekas telur yang kertas tu, ntah ke mana perginya..
Pakai je la bekas plastik ni..

Bekas telur kat bawah dia ada lubang, sesuai la utk uang air yang berlebihan tu nanti..

Setelah sekian lama, petang semalam bercambah pun dia..


Nampak tak..
Ada 3 biji yang bercambah..
Yay!!!

Sejak bercambah ni, malam tadi 2 3 kali juga saya jenguk dia, cari2 kot2 ada lagi yang bercambah..
Nampak ada 2 lagi, tapi kecik sangat..

PAgi tadi, hujan ribut tau..
Dekat nak tengahari baru reda..
Tengok2, bekas baby cili saya dah terbalik..

Owh, noooo!

Cepat-cepat saya selamatkannya..
Wooo wooo..
Rasa nak nanges je..

Tanah2 dan benih yang bercambah tu saya kumpul2 dan susun2 balik..
Woo.. takot la dia mati...


Saya tengok ada 5 biji yang dah keluar daun kecik.
Yippi!!!

Minta2 dia tak jadi mati..

Tak sabarnya nak makan budu picit cili kecik yang dipetik terus dari pokok..
Huuu..

Sabar2..

NAk kene beli pasu lagi ni..
Nanti saya update lagi ya..

Wassalam..

2 Ulasan

  1. Balasan
    1. RAjin la nak jimat. Sejak RM jatuh teruk ni, sedaya upaya aku nak jimat Rio.. :(

      Padam
Terbaru Lebih lama