Search This Blog

08/09/2015

Tutorial : Cara Buat Minyak Kelapa Dara di Rumah

Salam..

Bulan lepas saya terjumpa satu sharing kat fesbuk cara buat minyak kelapa dara..
Excited sangat dengan DIY maka saya ikoti stepnya satu per satu (cuma dengan skala yang lebih kecil)
Namun, ia gagal.. T___T

Saya pun tak tau kat mana silapnya.. rasanya dah ikot betul2 step dia..
Sedih sangat..

Ini la hasilnya..
Takde apa2 pun.. Cuma air masam dan lepa santan.. :(

Lepas baca komen2 dia tu, tak la rasa sedih sangat..
Sebab ramai je buat tak jadi..
Hahaha.. 
Ni mesti kes nak bagi ilmu sekerat2 je ni..

Tak puas hati punya pasal saya pun cari maklumat di hujung jari dan adjust ikot kesesuaian..
Hasilnya?

Dapat 105ml utk dua biji kelapa..
Yay!!

Betul, ini minyak kelapa dara, bukan air tau..
Tak caya, cer buat sendiri..

Caranya?
Meh saya tunjukkan cara saya buat minyak kelapa dara di rumah

***************************************

Step 1 :  Dapatkan santan

Nak dapatkan santan kat kedai memang mencabar, kerana takde kedai pun jual..
Pastu cari la kelapa parut; takde gak jual..
Pastu cari kelapa sebiji sebiji; takde gak jual.

Aiii?
AKu ni kat Malaysia ke, kat New York?

Ada tu pekedai buat muka pelik je bila saya tanya "ada jual santan fresh?"; "kelapa parut?", "kelapa?".
Semuanya jual santan UHT dalam kotak..
Orang tak mau yang tu..


Akhirnya jumpa pun kelapa biji kat kedai runcit India kat sebelah kuil..
Beli sekali kukur kecik ni..
Nak beli kukur yang bole duduk tu, tapi tak jumpa..
.
Parut parut dengan sabarnya sambil tengok citer hantu...
~Huuuuuu~


Siap pun...
Selepas parut tu, campur air masak sikit dan blend guna blender..

Ini ialah blender

Kalo takde blender, ramas2 pun takpe..
PAstu perah keluar airnya guna penapis

seperti ni

Kalo malas, bole guna kain cotton ke, kain tudung bawal ke, taruk kelapa parut kat atas dia pastu bunjutkan dan perah sekuat tenaga..
Bole minta ayah cik abang tolong buat..
Jangan sampai koyak kain tu sudah..

Akhirnya dapat santan..
Phew..


Step 2 : Bekukan santan tu

Masukkan santan tu dalam bekas berpenutup dan simpan dalam peti sejuk di bahagian beku selama 3 hari..
Saya guna container penutup merah camni.

Dalam tempoh 3 hari tu sila jangan mengintip dia...


Step 3 : Proses Penceraian

Santan pun bercerai tau.. Talak tiga terus.. kuikuikui..

Selepas 3 hari, keluarkan santan tu dan biarkan semalaman di suhu bilik..
Jangan buka tau penutup tu..
Biar je dia macam tu, buat tak tau je..

Selepas semalaman, santan korang pun automatik bercerai secara sah, namun masih tinggal sebumbung..
Seperti gambar di bawah..


Lapisan atas tu lepa santan
Yang bawah tu ialah air asid
Yang tengah2 tu la minyak kelapa dara yang sangat precious tu..

Persoalannya sekarang, macam mana nak amik minyak tu..? 


Step 4 : Pindah dan Tapis

Beberapa orang sahabat saya memberikan cadangan..


Antara cara utk memudahkan kerja ialah:

1. Jangan masukkan santan ke dalam container merah mcm saya ni, tapi guna water dispenser yang ada paip kat bawah tu. Macam yg kita simpan air masak dan serve sirap kat kenduri kawen tu

2. Takpun masukkan santan dalam botol mineral water yang dah kosong tu. Selepas dia jadi 3 lapisan macam ni, tebuk bahagian bawah dia untuk keluarkan air asid tu..
Lepas air asid abes keluar, korang tadah pulak minyak kelapa dara sampai abes..
Patu botol mineral tu bole dibuang..

3. Kalo dah terlambat, bole guna saluran oksigen yg dalam akuarium ikan tu.. Seperti sahabat saya cakap tu, sifon keluar menggunakan kuasa graviti..

4. Ada penambahan? Sila komen kat bawah..

Memandangkan saya takde alat nak sifon dan memang bukan penyabar punya orang, maka saya pun ceduk je la guna senduk..
Mula2 alihkan lepa santan yg putih2 tu..
Pastu baru ceduk minyak tu. Tapiskan minyak tu tau supaya lepa2 kecik tak termasuk sekali..
Mula2 tu senang je; makin nipis lapisan, makin susah jadinya..

Saya suggest sangat la korang guna cara 1 dan 2 di atas tu kalo takmau penat dan buang masa macma saya..
Sampai saya ceduk setitik2 setitik tau, takot termasuk sekali dengan air asid tu..
Sampai Cik Abang tanya, "tak sudah2 lagi ke..."
Malu aku.. Hahaha..

Lepas dah ceduk dan tapis, tapis sekali lagi guna kain pulak..
Better guna kain yg mcm kain t-shirt tu...


Akhirnya dapat 100mL minyak kelapa dara.
Itu pun banyak yg diserap oleh kain tshirt tu; dan ada lagi lapisan nipis kat dalam container..

Jernihkan..?
Baunya, bau kelapa..
Tak tengik, tak masam, tak busuk,.


Lapisan nipis minyak tu saya masukkan dalam container kecik, nak cuba ceduk esok pulak, tengok banyak mana dapat..
Air dalam cointainer besar tu bole buang dah.. 


Esoknya, ceduk punya ceduk, dapat lagi 5mL..
Haha.. Jadi la..

Kalo dikira sekali dengan lapisan nipis yg tak dapat ceduk dan minyak yg meresap ke kain tapisan tu; mungkin dpt lg dalam 10mL..

Amacam?
Senang tak?

Senang je ni, cuma leceh la sikit..
Sapa2 nak jimat tu bole la guna cara ni..
Kalo takde masa, beli je yg dah siap; kat kedai jamu, farmasi ada jual..
Online pun ada..

Apakah khasiat minyak kelapa dara?
Ntah la..
Saya tak cari pun lagi khasiatnya..
Excited buat DIY, sampai tak amik tau khasiatnya..

Ada masa nanti saya kongsikan khasiatnya pulak ya..

Selamat mencuba..

Wassalam...




8 comments: