Kisah Saya dan Emas

Salam..

Saya dah pull-out produk emas dari website asma-felt-box.com.

Sebabnya harga emas barubah-ubah hampir setiap hari.

Kastemer yang order hari ni, dan bayar minggu depan; time tu harga dan turun atau naik sikit. Susah pulak kene transfer dan refund sekali lagi..

Oleh itu, takde pilihan la; nak order emas perlu direct kat whatsapp..

PAsal emas tu, nak citer sket tau..

BAru-baru ni kastemer saya ada order sekeping emas (hari isnin)..
Time tu jugak saya terus forward order tu kat stokis
Hanya stokis je bole contact direct ngan HQ.
Saya cuma ejen biasa je, guna keahlian RM450.

Nak jadi stokis kene amik keahlian RM3800. Saya takde cash sebanyak tu..
Kalo ada pun, saya buat pusing modal asma-felt-box dan yang terbaru Auliya skincare..
Dalam pada tu, ada duit lebih saya beli emas..
Bilanya nak ada RM3800?
In shaa Allah tahun depan.. Tengah giat kumpul ni..

Petang tu, baru la dia respond "ok noted"

Pastu kan, saya relax je la,,,
Stokis kan, mesti dia dah senior dan dah terer.
Mesti dapat uruskan dengan baik, cekap, cermat, betul dan lain-lain sebagainya....

Kemudian pada hari Jumaat dapat satu mesej dari stokis tu berbunyi;
"epxxxxxxmy. pos harini"

What the Fish?

Hari isnin bayar, hari Jumaat baru pos..?
Biar betul...

Time tu saya pikir, Ya Allah..
Teruknya la sistem HQ ni..
Nak ramai ejen, ramai stokis..
Tapi servis haprak!

Dan bila tengok balik gambar slip poslaju tu..
Eh?

Kenapa nama, alamat, dan no tepon pengirim tu ialah milik stokis (yg saya drop order tu)?
Bukan nama saya?

Bukan ke order saya yg key-in dalam sistem?
Jadi pengirim tu saya la kan?
Awat stokis pulak?
Macam mana bole jadi macam tu?

Mana2 company yg amik ejen dropship; nama dan alamat pengirim mesti milik ejen..
Sebab itu adalah order ejen..

Saya suarakan ketidakpuasan hati kepada upline saya (beliau pun ejen juga. In shaa Allah tahun depan akan upgrade kepada stokis.Time tu saya order direct dengan dia je la, senang)
Dan beliau tanyakan kepada senior berkenaan hal tu..
Kata mereka biasanya pengirim tu ditulis nama dan alamat Master Stokis (saya tak tau sape master stokis, banyak sangat tingkat).
Dan tak kesah la sapa2 pun pengirim dia, kastemer pasti akan datang semula kat ejen, sebab dah biasa dnegan ejen...

Hahaha..
Memang ler mereka jawab gitu, mereka kan stokis jugak.

Kalo gitu, semua ejen dropship saya bole la saya letak pengirim dari asma-felt-box.com.
Kastemer yg tau dari mana sumber craft tu, takkan terdetik walau sedikit pun nak beli direct dari saya; dan bukan melalui ejen dropship lagi?

Kesian ejen saya, penat-penat promote, update, amik gambo cantek2, layan kastemer baik2 sampai dorang beli.
Bila nak repeat order, kastemer terus contact saya.
Dah tau sumber kan, senang sikit direct, takyah melalui orang tengah lagi..

Seronok la saya, takyah buat marketing; kastemer berderu masuk..
Takyah bayar komisen, dapat untung penuh..
Dan ejen un berterusan promote, promote, promote..
Langsung tak terpikir, repeat order bertalu2 masuk direct kat asma-felt-box..

Nasib baik, saya bukan macam tu kan..
Naseb baek saya jaga ejen2 saya..

Pastu tak lama kemudian saya terbaca satu post umum yang suruh ejen cepat2 upgrade kepada stokis. "Sampai bila nak menumpang perniagaan orang lain?."
"Asyik tanya2 stokis bila pos, bila pos; nampak sangat tak percayakan stokis"

Kalo saya remaja 20-an mungkin la saya terpedaya dengan ayat ni..

Sampai bila nak tumpang pernigaan orang lain?
Rasa macma pelik sangat ayat tu..

Time bg explanation pasal jadi ahli dulu, katanya jadi ahli RM450 je; kalo nk serius berniaga jadi la stokis RM3800.
Time tu saya nak jadi ahli je, sebab nak kumpul emas, dapat diskaun..
Tak terpikir nak jual balik..
Tu yg username saya "missgoldkeeper" = pengumpul emas

Pastu baru rasa nak try2 jual.
Dapat la jual beberapa keping..
Yang bestnya, yg membeli tu tak tanya pun pasal emas..
Yg tanya pasal emas sampai berminggu2, tak beli pun..

Sekarang bila saya order emas, dipanggil "menumpang perniagaan orang pulak"?
Aiyooo.. nampak sangat kan..
Nampak sangat berkira..

Sebagai stokis, kalo ada ahli order, stokis perlu drop order ke HQ dan stokis dapat RM2 komisen serta RM2 drop order, Maka dapat RM4 utk sekali order dari ahli..
Mungkin itu puncanya stokis malas nak layan ahli2 ni..
Baik dia layan orang yg nak jadi ahli, dapat RM10 utk ejen; dan RM100 utk stokis..

Kalo saya, lebih suka layan repeat order..
Tak perlu explain panjang lebar, tetibe dapat RM4.
Bukan banyak sangat effort pun.
Bayangkan kalo semua ahli suka berurusan dengan kita, tak payah buat apa2 pun duit masuk RM4 sorang.

Dan kalau taknak ahli menumpang, jangan la buat pakej ahli.
Buat stokis terus..
Biar orang yang berkemampuan dan layak je boleh jual..
Takde la stokis ni tertekan kena layan ahli2 yang ramai ni..

Kedua, "asyik tanya stokis bila pos, bila pos, nampak sangat tak percayakan stokis"

Kastemer asmafeltbox yang beli 2 keping felt dari saya pun tanya "bila pos? bila pos? bila pos?"
Tu yg saya selalu up status kat facebook :

"bayar sebelom pukul 12tghari akan pos harini. Selepas pukul 12 tghari pos esok"

"pos setiap hari kecuali sabtu ahad dan cuti umum"

"pos harini pukul 4ptg"

Sampai korang pun naik boring, asyik2 ulang benda yg sama je kan...

Tanya la diri sendiri..
Kalo beli barang, takkan taknak tau bila pos..?
Itu hak pembeli untuk tau bila barang dia akan dipos?

Persoalannya sekarang, kenapa stokis tertekan bila kastemer asyik tanya bila pos? bila pos? bila pos?
Sepanjang 5 tahun saya jual online kat asma-felt-box ni, KASTEMER TANYA SEKALI SAHAJA bila pos?
Dorang tak tanya banyak2 kali..
Bila barang dah dipos (contohnya kita kata esok pos; esoknya) baru la dorang minta tracking no.
Kebanyakannya minta selepas barang tak sampai-sampai..

Kenapa kastemer dorang tanya banyak2 kali?
Sebabnya; TAKDE JAWAPAN.

Tanya kali kedua, takde jawapan..
Tanya kali ketiga, takde jawapan

Korang stress tak?

Ini yg beli felt..

Bayangkan yg beli emas RM240 sekeping..
Emas RM1800 sekeping...

Tanya2; takde jawapan bila akan dipos...

Kenapa stokis taknak bagitau bila pos?
Saya pun tak pasti kenapa, sebab saya bukan stokis..
Order2 saya sebelom ni pun macam nak tak nak je jawab.
Saya sendiri pun dah takde mood nak membeli dari stokis tu

Naseb baek baru2 ni dapat stokis yang baik dan senang berurusan.
Pasni beli dengan dia je sementara nak upgrade jadi stokis..
Saya dah beli beberapa keping stok emas..
Masih belom sampai, dan beliau pun bagitau belom ada update dari HQ.

Jadi mulai hari ini, saya akan uruskan sendiri penghantaran emas yang korang order.
Ya, saya guna stok sendiri, dan akan order stok baru bila dah low stock nanti..
Lebih kurang macam asma-felt-box jugak la, cuma dalam skala yang sangat kecik.
Kahkahkah..

Senang sikit macam ni.
Kalo barang lambat sampai kat saya pun takpe, asalkan cepat sampai kat korang..
Saya tak suka kastemer saya tertunggu..
Perut saya jadi memulas-mulas..
Apa lagi jika buka saya yang uruskan penghantarannya..

Dalam tangan saya ada stok coin gold 0.5gram, gold bar 1gram dan suku dinar.
Yang 1 dinar dah order tapi belom sampai..

Yg 3 jenis ni ya...

Jadi kalo korang order emas 3 jenis ni, saya bole pos terus..
Dan saya pos setiap hari kecuali Sabtu Ahad dan cuti umum

Kalo nk stok lain seperti gold bar 5gram, gold bar 10 gram atau barang2 kemas; tu saya kene order dari HQ dan amik masa sikit la..
Saya mampu amik stok yang kecik2 je...

Nak order, hubungi saya kat sini:

Maklumat harga emas hari ini dan nak jadi ahli bole dapatkan kat blog khas ni:


Wassalam...


Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
fariza rahman
AUTHOR
8 October 2015 at 12:12 delete

panjang baca post ni... hehe...
saya memang berminat nak kumpul emas... cuma nak beli online ni macam was-was... maybe dah ada duit nanti, boleh beli terus dekat kak asma. :)

Reply
avatar
asma langit
AUTHOR
20 October 2015 at 00:53 delete

Saya sendiri pun pelik bila ramai yg was was beli emas online.
Bila jadi kat diri sendiri baru rasa..
Saya order 1 dinar kat sorang master ni pada 2hb, sampai sekarang dia tak pos.. Ntah apa ntah masalah dia..
NAk kata tipu, nama dia dah tersenarai dalam master..

Tu yg nk kumpul emas banyak2, nanti orang nak order saya sendiri yg uruskan pendaftaran, takde orang ternanti2..

Kalo nk order nanti bgtau je ya.. ^_^

Reply
avatar