Search This Blog

18/09/2017

My New Hobby : Pixel Craft and Crochet

Salam..

Selain ber"felt craft" saya rasa makin seronok pula main pixel craft beads dan ber"crochet"


Pixel Craft ni lebih cepat siap, seronok menyusun beads tu satu persatu lepas saya penat buat kerja.
Hasil dia pun cute, buat hati rasa hepi je memanjang.

Nak buat pun senang...
Nak buat kecik-kecik macam heart kat atas tu boleh.
Nak sebesar pintu pun bole (takkan la kan. Haha)

Paling besar pun saya buat saiz pegboard yang besar tu.
Gambar hamtaro


Comel kan.. ^_^


Crochet pula sebaliknya consume so much time, terutama saya yang masih sangat-sangat newbie dalam bercrochet.
Jeles juga tengok crafter yang lincah betul tangan dorang mengait..

Saya mengait slow..
Lepas tu, selalu tertarik benang-benang lebih dan hasilnya kurang memuaskan.
Ntah la sama ada tak cekap, atau benang jenis murah, atau saiz jarum kain tak sesuai dengan saiz benang.
Kadang-kadang tu frust juga bila prose mengait tu tak smooth.

Walaupun begitu, yang bestnya mengait ni ialah tak bersepah macam felt craft.
Korang yang ber"felt craft" mesti faham maksud saya.
Saya ni suka berkraf, tapi bila nak mengemas tu, adoii, malas betul. Haha..

Lepas tu, felt yang kecik-kecik pun masih simpan, sayang nak buang.
Padahal dah kecik sangat kot, bole je buang..
Tapi simpan.. Sayang punya pasal..

Mula la banyak sangat remnant felt dalam kotak. Haha..

Crochet sikit je barangnya.
Cuma benang segumpal dua dan jarum.
Kemudian duduk la kat mana-mana yang disukai..
Betul tak..?

Lepas ni nak try amigurumi pulak..
Macam susah je..
Takpe, cuba!

Wassalam...

No comments:

Post a Comment