Bina e-commerce baru 2019

Salam..

Kedai online asma-felt-box.com akan expired Januari nanti.
Bila tengok harga renew, wow! Naik berganda..

Kemudian saya pun godek-godek la website ready made lain, kot-kot harganya murah mampu milik, namun semuanya mahal bagi saya..

Mahal sebab saya nak ada fuction Reward Point, kos pos ikut berat dan payment getaway.

Disebabkan saya ni kupik, saya amik keputusan untuk bina sendiri website e-commerce ni dengan kos yang minimum.

Siapa yang dah lama dengan asma felt box pasti tau website yang tahun-tahun lepas tu saya bina sendiri. Kemudian pada satu hari, website tu hilang sebab saya cuba update version baru. Disebabkan kekangan masa dan takde backup, terpaksa la saya beli ready made shopping cart. Kebetulan pulak dia buat offer, saya pun subscribe untuk dua tahun..

Januari tahun depan kene renew, tapi taknak la sebab mahal. Hahahaha..
Mahal sangat ke..
Ya, mahal. Rm2000+ setahun.
Taknak la...

Apapun, e-commerce baru ni dah siap dibina..
Tinggal nak listing produk (proses yang sangat boring) dan import customer database.
Walaupun lambat lagi expire tapi saya dah start buat dah.

Lepas bersalin ni, kene berpantang. Pastu jaga baby kecik.
Takot la kalut ke apa ke, tak sempat siapkan e-commerce baru sebelum Januari.
Better buat awal².

Semalam saya saja la check domain yang kene curi 5 tahun lepas.
Domain asmafeltbox.com.
Domain tu beli dengan sorang web debveloper ni, pastu website saya hilang sekali dengan dia sekali hilang. Lepas setahun kemudian nak beli tengok ada orang guna kat website yang takde fungsi pun.
Bertahun-tahun domain tu di-renew dan letak kat website yang tak berfungsi.
Siap dapat email lagi offer nak jual domain tu kat saya..

Domain tu dalam RM45 je setahun, tapi of kos dia nak mark-up harga la tu.
Ingat aku tak tau ke perangai penjahat macam ni?

Apapun, semalam saya saja la nak check domain tu.
Sekali available kauu.. 😱
Saya cam kene panic attack kejap.

Lepas fikir dalam seminit dua akhirnya saya beli domain tu dan bina homepage.
Itu la yang saya buat sejak malam tadi dan hari ini.


Homepage dah siap, tapi content tu tak berapa nak ada la.


Lepas maghrib tadi saya start buat "About Me" page. Tapi tak siap² sampai sekarang.
Saya tak pandai la mengarang "About Me".
Patut la susah dapat kerja, tak pandai cerita tentang diri sendiri.

Tadi taip² macam melalut je..
Pastu taip lain pula macam skema sangat.
Sekarang saya rehat jap.
Harap² sebelom 12 malam siap la "About Me" tu.

Okay tak homepage saya ni?
Ke terlalu simple..?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan