Puisi Kantoi The COntest

Salam... Pergh... Akhirnya siap... Inilah puisi (haha... layakkah dipanggil puisi) yang saya buat sempena nak join contest sorang blogger merangkap kawan baru ku... Pelikkan... Saya tak penah buat puisi seumur idup ni, tup tup nak join contest puisi pulak... Dalam setengah jam jugak la termenung depan lappy ni nak cari idea... Memang la... Puisi tu pun saya tak tau apa... Hahaha... Gelak la guling-guling.... Sebelum buat puisi mesti la cari "APA ITU PUISI" Puisi ialah karangan berangkap yang terikat kepada bentuknya yang khusus dan tetap, sama ada pada jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap, rima dan irama, dan jumlah suku kata. Menurut sasterawan negara, Za'ba, puisi ialah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Jenis-jenis puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua belas iaitu pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teka-teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun, prosa irama dan dikir. Oooooo.... Jadi tak semestinya kena sajak ek... Baru saya tau... Tapi puisi saya tak sampai tahap tu la... Minta maaf.... OKey jom ke contest.... Contest ni namanya "Puisi Kantoi The Contest"   Camne nak join ek... 1. Buat puisi tentang barang kesayangan korang (Barang tau, bukan Orang) - sudah 2. Pastikan korang ada blog - ada 3. Pastu kerat dan tampal banner contest ni dalam blog korang kat sidebar sebelah tu. Banner leh amik kat umah penganjur - dah tepek 4. Buat satu entry tentang contest ni dan kepilkan sekali puisi yang kreatif tu dalam entry tersebut - dah buat 5. Bagitau penganjur berkenaan dengan penyertaan anda dengan tinggalkan url kat ruangan komen kat umah pengajur. Karang tak pasal2 rugi je tulis2 penganjur tak tau plk... - dah Apakah hadiahnya... - Boleh tengok kat umah penganjur. Dia sorok kat tepi-tepi sikit... Dah.. Dah... Tak sabar nk mendeklamasi puisi ni... Ehem.. ehem...
Tatkala ayam berkokok sahut-sahutan Sebelah mata masihku pejam Jari jemari marayap mencarimu Kau tiada... Tidak putus asa aku bangkit Terus mencarimu di seluruh pelosok katil dalam gelita Nah, ni pun kau Jauh benar hang golek... Selepas mengamatimu beberapa detik lantas kau ku baling semula ke katil Dalam gesa aku meluru pergi tanpa menolehmu kembali... Kau berdiam hati berduka Sampai hati kau ku campak begitu Dalam mempersiapkan diriku agar enak dipandang Aku bingkas dan mencapai beg Dengan penuh harapan anak matamu mengekori gerak langkahku Hatimu meronta-ronta agar ku menoleh dan membawamu bersama Namun harapan tinggal harapan AKu terus hilang tanpa sepatah ucapan "Bye" pun Deruman kereta berlalu pergi Kau masih di katil, pilu dan pasrah Vrooommm... Kau terkedu... Siapakah yang kunjung ketika aku baru pergi... Bum bam bum bam... Derap kaki bagaikan Shrek berlari ... Kuakan pintu penuh rakus Dan muncullah aku Dalam terlopong kau tersenyum "Tak mungkin ku kau tinggalkan," bisik hatimu Gelak tawa rakanku telah kau lali Sindiran dan hinaan mengguris hati kau terima dengan rendah diri Dan aku hanya diam Membelamu tidak, menyokong mereka tidak Untuk apa aku bereaksi, sedangkan kita sudah saling memahami Jujurnya.. Acapkali sudah hati ni terdetik untuk meninggalkanmu Dek terpikat susuk tubuh menggugat imanku Mereka berilmu berbanding kau yang hanya tau bersuara dan menulis Mereka menyanyi berbanding kau yang hanya boleh lalala... Namun... Tiap kali aku terkesima melihat keindahan dan kebijaksanaan mereka Tiap kali kulit mereka kusentuh dan kuusap Tiap kali nafsuku memuncak untuk memiliki mereka Tatkala itulah memoriku kembali mengimbas saat-saat indah kita bersama Tiap malam kau kuusap dan kubelai sebelum tidur Tidak pernah sekalipun kau terlupa, apalagi terlambat mengejutkan aku Dan tatkala orang memanggil Kau menjerit-jerit memberitahu Tidak cukup lagi kau bergoncang-goncang agar aku menyedari Sehingga habis tenaga kau terkulai Teringat saat kau lemah Saat kau perlu makan Aku tau tapi buat tak endah Kau terus merayu-rayu Dek bosan dengan rengekan aku suruh kau tidur saja Kau akur tanpa sedikitpun membantah Walaupun kau tidak suka Akibatnya... Kau pengsan berulang-ulang Menyekatkan urusan aku Kepada pakar kau kurujuk Mereka menggelengkan kepala Kau boleh dirawat tapi mungkin tidak sesempurna dulu Dan sempat mereka membisikkan "Tinggalkan saja. Cari yang lebih muda" Aku naik berang dan terus meninggalkan pakar itu Tidak... Walaupun kau tidak seindah yang lain Dan tidak sesempurna yang lain Namun hatiku tak tergamak meninggalkanmu yang begitu setia.. Wahai..... Maaf, namamu pun langsung ku lupa
Sayangku...
Alamak, terpanjang la pulak... Huhuhu... Inilah masalahnya bila dah start menulis... Takpe2... Penganjur kena baca jugak kalo tak berdosa (ceh, suka suki je letak hukum) Okeyla, nak tido jap... Wassalam... ZZZZZZZ....................

3 Ulasan

Terbaru Lebih lama