Join Bazaar @_@

Salam...

Dah lama tak update sebab sebok... HAhahaha!
Sebok siapkan ready-made utk join bazaar bulan depan...
Pulun giler beb...

Ni la bazaar yg diperkatakan tu...

Dah lama dah tak wat jualan...
Last sekali kat CIAST kot.. (tahun lepas)
Rindu nak susun2 brg craft, menjahit depan org ramai n berbual2 ttg craft secara live...
(biasa kat FB jer.. T_T)

Nak join letak barang ke..? Bole2...

Ni syarat2nya ek:
1. Handmade Felt Craft Sahaja. Craft lain atau barang2 kilang atau pakaian tak diterima
2. Bayaran RM10 dikenakan.. (RM6.00 utk kos pos balik barang2 yang tak terjual; dan RM4.00 utk handling fee).
3. Tetapkan harga tolak dan harga jual yang disarankan. Sekiranya komisen tu sikit sangat, saya akan naikkan harga ikot kepatutan nilai komisen. Harga tu korang tetapkan sendiri tau sbb korang lebih tau nila hasil craft korang tu...
4. Sila tepekkan label craft anda kat setiap item untuk memudahkan saya kira di akhir jualan.
5. Saya berhak menolak atau tidak menjual barang2 yang tidak menepati kriteria.
6. Jika barang terlalu byk, saya akan pilih brg2 yg nak dipamerkan, dan sebahagian brg lain akan disimpan di tempat yg selamat.
7. Barang yg dipos sahaja diterima.. Mereka yg muncul di hari jualan dgn niat nak letak barang tidak akan diterima.
8. Mereka yg muncul pada hari jualan dgn niat nak autograf saya diterima <--(ceh, tetiber..)
9. Barang mesti berada dalam tangan saya sebelom 10hb Mei 2012

Kalo berminat, sila:
1. Email sy tajuk ni---> "NAK LETAK BARANG @_@"..
2. Pastu emailkan isi ni --->"Asma, sy nak letak brg felt craft iaitu (sebut kata nama am bg brg2 terbabit). Sila bg alamat yg valid..."
3. Sy akan emailkan alamat dan consignment note utk korang isi.
4. Selepas dapat alamat, packing brg2 tu dan masukkan sekali consignment note yg telah diisi berserta RM10. Parcel yg tidak mengandungi consignment note dan RM10 akan dibuang daerah..
4. Pos dan ia mesti smpai sebelom 10hb Mei (sbb pagi 10hb tu sy nak pi dah)...

Kalo tak berminat pun bole jgk... Huhuhu...

Camne crowd kat sana, saya pon tak pasti...
Ni pon sekadar cuba2 jer sbb dah lama sgt tak buka booth.. Dah naik gian...
Huhuhu....

Ok la.. nK sambung jaet...

Wassalam...

P/S: email ni mungkin sy akan balas lambat sket sbb la ni dah jarang online akibat memulunkan diri.. Moh ler... Pulun sama... >_<

P/S ke-2: sejak dh jarang online ni, maken byk plk masa saya berkraf dan maken byk pulak barang yg siap.. Ajaib sunggoh!

4 Ulasan

  1. wah...kan best kalu dapat join kak asma jugak...takpelah...chaiyyok2 sis...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nka join jomla.. Sempat lg nk wat ni.. ^_^

      Padam
  2. best jugak nih...barang2 pun dah sikit dh ni

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama