Wedding Gift: Customized Wedding Pillow

Salam...

Bila nak letak tajuk, mesti nak tulis in English..
Kalo tajuk dalam Bahasa Melayu: "Hadiah Perkahwinan: Bantal Perkahwinan Rekaan Sendiri"..????
Hahaha.. Macam pelik je tajuk ni...

Atau = Hadiah Pengantin: Bantal Pengantin Eksklusif

Atau = Hadiah Kahwin: Bantal Khas Pengantin

Okay, sebelom saya melalut cipta nama yang bukan-bukan; jom kita tengok bantal Khas Pengantin ini... :D

Bantal untuk Pengantin Lelaki

Bantal untuk Pengantin Perempuan

Okay, nak pi tanya Osman Baku jap apa translation untuk entry ni...
Nnti dia marah saya macam marah doktor yang periksa kesihatan dia hari itu..
Huhuhuhu...

P/S: Saya bukan mempersenda Osman Baku (seperti sangkaan sesetengah orang yang over-sensitive kat wall FB saya pada beberapa bulan yang lepas). Saya suka dengan saranan Osman Baku tu supaya menghormati dan memartabatkan semula bahasa Ibunda kita ni. 
Cuma saya tak berkenan dengan cara iklan tu yang mengajak buat kebaikan dengan cara menyindir anak-anak muda, memandang buruk bahasa yang digunakan dalam sms, bahasa pasar, bahasa campur2; dan skrip dalam iklan tu seolah-olah kita dah berbuat dosa yang berterusan dan tak dapat diubati lagi. Penggunaan bahas rojak dalam kehidupan seharian tidaklah seberat berpakaian menjolok mata, berjalan berpimpinan tangan dengan pakwe@makwe yang belom halal, berjalan-jalan di shopping mall ketika waktu solat Jumaat (untuk lelaki), merokok di tempat awam sehingga orang di meja sebelah terbatuk-batuk dek asap tu, membayar di kaunter ekspress dengan troli yang penuh dengan barangan dapur dan seribu satu lagi kelakuan buruk masyarat Malaysia. 
Tapi yang disindir dengan tajam cuma kelakuan silap penggunaan Bahasa Melayu yang betul.

Instead of, eh, silap pulak...
Daripada menyindir dengan cara yang tak masuk akal, lebih baik tunjukkan contoh untuk diikuti.
Lebih baik buat skrip drama yang dilakonkan oleh pelakon popular dnegan skrip yang penggunaan bahasa yang betul.
Contoh skrip yang cantik ialah cerita Boboi Boy... Walaupun cerita tu merepek nak mampus (ada ke makhluk asing datang nak rompak koko tapi yg pi sebok lawan Boboi Boy pasai pa..? Pi la ladang koko rompak semua koko tu abes cita..). Dari dalam bilik, saya dengar suara cerita tu ayat-ayat dia cantik dan jelas.
Begitu juga dengan cerita kartun Jepun yang dialihsuarakan. 

Tapi bahasa yang cantik hanya untuk rangcangan kanak-kanak je kan..
Rancangan dewasa takde pulak ayat cantik (kecuali Osman Baku.. haha)..
Tapi kalau korang biasa tengok TV1, confirm korang perasan drama Melayu kat situ ayat-ayatnya cantik, jalan ceritanya bagus, lakonannya pun bagus. Cuam takde la pelakon2 kacak n jelita. Semua pelakonnya jenis berpijak di bumi nyata. Rupa pun semua rupa 1Malaysia...

Tapi kan; dokumentari dorang hancor! Isi ada tapi bosan giler. 
Nak2 pengacara macam tak faham apa yang dia sendiri duk cakap...
Kalo rancangan hiburan lagi la.. Ala-ala nak buat macam TV3, nak wat happening tapi tak jadi. Macam syok sendiri je.. 
LAst2 menyampah; tukar ke channel al-Hijrah. Tengok 30 minit Ustaz Don n Reflection. Kalo petang ada drama Korea yang best giler.. Ayah yang tak tengok Korea pun, tepat pukul 2 mesti dah sampai rumah buka TV nk tengok drama korea tu. Sampai saya pun dah terjebak sama.. 
Kui kui kui...

Okay, dah dah...
Haaaa... Tengok, bila dah start bebel mula la...
Tadi kat New York tetibe dah sampai ke Zimbabwe, apa kes..?

Nak sambung keje la pulak...
Doorgift takleh sambung dah, felt merah dah abes...
Kad kawen nak print malam ni..
Skrg nk wat rozek la ek...  Tapi rozek pun ingat nak buat kaler merah...
Camne ni... ?

Wassalam....

P/S ke-2: Demi mengikut saranan Osman baku untuk tidak menggunakan short form dlm sms; jadi:

Biasanya saya tulis:
Salam. Sy asmafeltbox. Nk order pe ea.

Nampaknya saya kena tulis:
Assalamualaikum. Saya Asma Felt Box. Apakah barangan yang ingin anda pesan?

Dan ia tidak akan berhenti di situ sahaja; ia akan bersambung:

Biasanya:
Nk bpe pek?

La ni kena tulis:
Berapa bungkuskah yang ingin anda pesan?

Biasanya:
Jmlh RM80.00. No akaun: 54146657423465416574521452149875314255417812745. Nama: Siti Cantik Menawan Binti Lelaki kacak
Dh bnkin bgtau ek. Toce ^_^

La ni kena tulis:
Pembelian anda bernilai RM80.00
Sila buat pembayaran ke akaun 5758514654654254248616541241851758465454. Di bawah nama Siti Cantik Menawan Binti Lelaki KAcak.
Sila maklumkan kepada saya sebaik sahaja pembayaran dibuat.
Terima kasih.

Woooooooooooooooo...
Cramp la ibu jari saya duk taip satu2 kat atas phone yang takde keypad ni.. T__T
Biasa kalo berurusan dlm sms mesti paling kurang send 5 sms untuk closing sale.
Kalo guna ayat penuh, 1 sms kene charge untuk 2 sms (sbb panjang sangat)

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk tidak menggunakan khidmat sms lagi dalam urusniaga demi mnjimatkan masa, menjimatkan tenaga dan menjimat kredit. 
Semua urusan jual beli adalah melaui borang pesanan, email dan PM kat FB... 
Harap maklum.

Okay, kali ni saya betol2 stop..
Bye bye,.. ^__^

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama