Cabaran 17 : 5 Perkara yang Saya Rindukan...

Salam...

Cabaran kali ni ialah 5 Perkara yang Saya Rindukan...
Ngehehehe..

1. PANTAI
Saya rindu sangat2 dengan pantai..
Saya rindu pasir pantai yang melekat kat kaki
Saya rindu tiupan angin lembab yang bercampur air masih yang menerpa ke muka..
Saya rindu bunyi druan ombak yang mengaum-ngaum
Saya rindu pergerakan ombak yang menghempas pantai berulang-ulang
Sungguh mempesonakan..
Sungguh mendamaikan..


2. SCUBA Diving kat Coral Reef
Wooo..
Tengok gambar je pun dah menggigil dah gian..
Bila masuk dalma air kan, tetibe rasa hubungan kita dengan dunia terputus sementara..
Bunyi2 dengung je dalam telinga..
Pergerakan pun lemah gemalai dan ikan2 berenang dengan sangat relax
Sea anemone melambai2 ucap selamat datang..
Nemo, segan2 je nak jenguk tetamu manusia ni...
Macam satu terapi tau...

LAst sekali saya menyelam ketika usia 23 tahun kalo tak silap..
Tapi time tu menyelam ni bagi saya mahal sangat..
Student price utk 2 hari pun dah RM400.00
Lesen RM1000 (student price)
Saya amik Advance Diver under NAUI
Tapi kalo korang nak berekreasi, amik Open Water pun dah ok..
Advance tu dapat menyelam laut dalam sikit (tak ingat dah berapa kaki) dan menyelam malam..
Harga sekarnag dah lagi mahal kot..

Sekarang rasanya tak pi dah kot..
Dah segan dah nak pakai wetsuit tu..
Nak menyelam ni akleh sorang, kene ada buddy..
Sape ntah yang nak ikot saya menyelam gamaknya..
Hohoho....

Tak pandai berenang takpe, masih bole menyelam. 
Tak percaya tanya saya..
Saya tak pandai berenang..
Hahahha..

3. Kek Coklat
Mesti korang boring kan.. 
Balik-balik ke coklat..
Takde benda lain ke?

Nak buat camana..
Saya tengah rindukannya..
Hohohoho..

Baru-baru ni saya ada beli tepung kek coklat..
Tapi tak buat2 lagi keknya..
Sebab saya suka makan..
Saya tak suka masak..
Kekeke...

Esok2 la buat.. :P

4. Fushigi Yuugi
Tetiba saya rasa rindu pulak kat anime ni..
Citer ni best tau..
Kesahnya sorang gadis nama Miaka ni gaduh ngn kawan baik dia..
Pastu kawan baik dia secara magiknya masuk dalam buku kuno..
Dia pun nak selamatkan kawannya, pegi masuk sekali..

Tengah2 nak cari kawan dia tu, tetibe dapat tau yang dia terpilih jadi maiden Suzaku dan kene cari 7 orang pengikut yang telah dipilih.. Ada tanda kat badan dorang..

Pengembaraan dia tersangat la panjang, penuh dengan suka duka, emosi, kelakar, sedih dan macam2 lagi la..
Kalo 10 bintang, saya bagi 11 bintang..
Sebab best sangat..

Saya tengok citer ni zaman sekolah dulu kat channel AXN astu berubah ke channel Animax
Time tu Astro baru2 je muncul..

Watak yang paling saya suka mestila Tasuki..
Dia nakal, kelakar dan banyak merepek..
Jom tengok sikit scene kelakar si Tasuki ni..




5. Nabi Muhammad S.A.W


Dulu takde la rasa sangat.
Sekarang bila dah dengar dan baca kesah tentang baginda, hati ni makin rasa sayang dan rindu padanya..
Budi pekertinya, kesabarannya, kekuatan jiwanya.
Dan baginda menangis mengenangkan umat akhir zaman yang pada ketika itu belom lahir pun.
Baginda sangat sayang pada permpuan sehingga semua isteri dan anak2nya dilayan dengan begitu lembut sekali..
Kesah baginda tolong orang angkat barang dari pasar ke rumah dan dalam perjalanan, orang tu duk kutuk Nabi Muhammad. Baginda diam dan teruskan perjalanan seperti biasa..
Kesah baginda diberi buah limau yang masam oleh wanita Yahudi dan baginda makan sampai abis di hadapan semua orang dengan senyuman tak lepas dari bibir, sehingga wanita tu kecewa sebab tak dapat kenakan baginda..
Kesah baginda menyuap makan kat orang tua yang buta kat pekan setiap hari, dan setiap hari jugak orang tu memaki hamun manusia bernama Muhammad, dan baginda terus menerus memberi makan sehingga la baginda wafat..

Banyak sangat kesah..
KAdang2 rasa macam tak logik ada orang sebaik ini, sesabar ini, semulia ini..
Tapi itulah Nabi Muhammad, rasul terakhir dan dan role model umat Islam..
Sayang betul tak mengenali baginda dari kanak-kanak.
Tau macam tu je la.. Baginda nabi terakhir dan habis cerita..
Apapun, syukur sangat sebab sempat kenal dan masih proses mengenali dengan lebih dalam..

Nanti dapat anak nak bagi nama Muhammad..
Dan perempuan of course la Nur..

Orait.
Itu la 5 perkara yang saya rindukan..
Jumpa lagi dalam cabaran seterusnya...

Wassalam...











2 comments:

  1. Saya pun suka kek cokelat. Teringin nak makan. Nak buat tak reti juga. Huhu..

    Semoga diri kita tak akan lupa untuk sentiasa berselawat ke atas Rasul junjungan kita. Insha-Allah..

    ReplyDelete