Cabaran 20: Quote Kegemaran Saya

Salam..

Wow! Dah masuk ke cabaran yang ke 20?
Cam tak caya je..
Tinggal 10 cabaran je lagi yang nak disudahkan..
Hohoho..

Cabaran kali ni berbunyi: Quote Kegemaran Saya



TIADA UNDUR KE BELAKANG DALAM HIDUP
KERANA HIDUP TIADA BELAKANG

Quote ni saya jumpa dalam buku sajak karya T. Alias Taib milik ayah saya.
Time tu saya sekolah rendah lagi..
Macam syok je baca buku tu...
Walaupun tak faham, tapi bahasanya best...

Quote ni buat saya sedar (masa tu kan sekolah rendah) yang setiap apa yang dah saya buat, tak bole undo..
Setiap apa yang saya cakap pun, takleh undo..

Bila kawan baik saya cakap, "buruknya muka Asma" (time darjah 3), sampai sekarang saya masih ingat..
Dan bila meningkat remaja dan terserempak dengan lelaki (sekolah rendah dulu saya sekolah Convent, masuk sekolah menengah baru jumpa lelaki dan time tu lelaki nampak macam alien.. Haha..) saya cepat2 nak sorokkan muka saya, takot dorang nampak muka buruk saya ni dan sebut ayat yang sama macam kawan baik saya tu..
Kalo kawan baik pun tergamak cakap camtu kat saya, apalagi orang yang tak kenal kan..
Self-esteem saya down bertahun2 lamanya, gara-gara ayat yang dia semburkan tu..

Bila dah dewasa, saya sedar yang itu semua tak penting..
Apalagi bila tengok ramai artis jelita bercerai-berai..
Tapi orang hodoh kekal bersama dan bahagia..

Pastu ayah saya cakap, "bila orang tu nampak kita cantik, bukan bermakna kita cantik. Tapi Allah buatkan mata dia nampak yang kita ni cantik."

Quote tu buat saya sedar bahawa what have done, cannot be undone..
Tapi kita ada pilihan untuk melontarkannya ke recycle bin dan mulakan hidup baru dan menjadi orang yang baru..

Saya teringat satu buku cerita orang putih tentang sorang ahli botani yang berguru dengan sorang orang tua yang bernama Don Juan. 
Buku tu kepunyaan ayah saya jugak, tapi dah koyak2 dah, saya terjumpa beberapa chapter je..
Di awal chapter ahli botani tu tanya Don Juan, "pakcik ni siapa dan berasal dari mana?"
Don Juan cakap, "kalau saya bagitau awak sejarah saya, awak takkan pandang saya macam ni."
Dia elaborate lagi, "kalau awak tau yang saya berasal dari keluarga miskin, tak ada kelulusan  dan tak berjaya buat apa2 pun dalam idop saya, bagaimana awak akan treat saya?"
"Dan kalau saya bagitau saya dari keluarga kaya, keluarga bangsawan, bijak pandai dan berjaya, bagaimana awak akan treat saya?"
Ahli botani tu tak dapat jawab dan pakcik tu cakap:
"Sejarah saya tak penting, yang penting awak akan kenal saya mulai hari ini."

Bila baca ni, saya terkesima kejap..
Betol jugak..
Bila saya pi bandar, tak bermekap, tak bawak handbag, t-shirt murah, jeans lusuh dan flip flop; semua salesman dan promoter malas nak layan bila saya tanya2 barang..
Tapi bila pakai mekap, tudung llit, jubah bling bling, handbag ala2 kulit (padahal pvc je) dan kasut wedges; woooo senyum mereka sampai ke telinga...

No wonder la ramai wanita yang perlu pakaian dan barangan berjenama..
Dorang taknak orang ramai pandang dorang macam, "Ai, orang kampung mana pulak ni, tanya2 harga ada duit ke nak beli.."
BAru faham..
Apapun, saya tetap suka sempoi..

Okay la..
Tengok, dah melalut dah ni..

Jumpa esok dalam cabaran yang seterusnya..

Wassalam...







1 Ulasan

  1. Cara hendak mengenali seorang sahabat yang sejati adalah apabila dia tidak mengambil kira siapa dan apa yang seseorang itu pernah buat dimasa lalu... dia tidak menyimpan dendam, sebaliknya berdoa untuk kebaikan sahabat itu dan ingin memperbaharui persahabatan agar ia kekal berpanjangan :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama