04/10/2014

PESTA LELONG ONLINE : Mencari Pemilik Barang Pre-loved

Salam...

Harini saya nak join satu segmen yang dikendalikan oleh Sis Ayuni Rafilah.
Segmen Pesta Lelong Online..


Pesta ini nak kumpulkan kawan-kawan alam maya yang nak let go barangan pre-loved dorang..
Barang apa-apa pun bole seperti baju ke, kasut ke, barang kemas ke, buku ke, apa2 je la asalkan masih dalam keadaan baik.
Cuma perlu letak gambar barang dan detail barang, harga minimum untuk permulaan bid pastu orang ramai akan bid la. Sape bid paling tinggi dia dapat..

Syarat-syaratnya pun simple je. Tengok SINI
Tarikh akhirnya ialah 10 Oktober sebab nak start bid pada 13 oktober sehingga awal November.

Saya ni sebenarnya takde la banyak sangat barang pre-loved..
Shawl dan selendang banyak.. Tapi macam dah out-dated je, tak elok pulak nak jual kat orang walaupun dengan harga murah gila..

Geledah punya geledah, jumpa la sikit barang yang masih dalam keadaan baik untuk dilelong...
Barangan tersebut ialah:

BAJU SPIKE KAT LENGAN


Status : Baju ni saya beli online. Belom pernah pakai. Lebar 17inci, labuh 26inci. Ada spike kat lengan. Warna belacan @ rose
Sebab lelong : Katanya cotton, rupanya bukan cotton. Tak serap peluh dan panas bila pakai. Sape yang duduk dalam air-cond ok la.
Harga asal : Rm29.90
Harga mula bida : RM2.00


BAJU CORAK KISS 
Status : Beli kat tempat saya sama seperti diatas. Belom pernah pakai. Lebar 17inci, labuh 30inci. Warna milo bercorak kiss hitam.
Sebab lelong : Sebab yang sama diatas. Bukan cotton. Tak serap peluh dan panas bila pakai. Sape yang duduk dalam air-cond ok la.
Harga asal : Rm29.90
Harga mula bida : RM2.00


BAJU BATWING YANG CANTIK GILA
Status : Baju kegemaran saya. Kain lycra, design batwing dan cantik sangat. Warna gold. Pernah pakai 2 3 kali..
Sebab lelong : Tak sesuai dengan cutting badan. Orang yang kurus tinggi dan dada kecik cantik la.. Saya ni, sebaliknya.. T__T.. Ikot hati taknak lelong, tapi kalo simpan pun nak buat apa... Sapa yang dapat ni, jaga baik2 tau.. 
Harga asal : RM65.00
Harga mula bida : RM10.00 (sorry, sayang punya pasal tak sanggup start bid rendah. Sori sgt2..)



BAJU JUSCO
Status : Beli kat Jusco. Kain cotton lycra. Warna merah hati. Saiz 14. Design batwing yang wing-nya sangat kontot. Saya pakai dengan inner lengan.. PAkai 2 3 kali..
Sebab lelong : Tak sesuai dengan bentuk badan. Kain lembut dan licin nampak bentuk badan.
Harga asal : Rm59.90
Harga mula bida : RM4.00


BAJU MINAH SEKSI

Status : Baju ni beli utk pakai kat umah je. Kain lycra. Lebar 16nci, labuh 26inci. Pakai beberapa kali.
Sebab lelong : Time beli tak perasan gambar belakang tu. Segan nak pakai dah. Huhu..
Harga asal : Rm19.90
Harga mula bida : RM0.50

Ada sikit stain kat dada kiri.. Rujuk gambar bawah:



RANTAI CUTE


Status : Rantai loket bentuk hati. Warna hijau dan peach. Rantai stainless steel. Loket saiz 1cm. Tak pernah pakai. 
Sebab lelong : Stok Ash Wardrobe yang warnanya banyak. So nak lelong 2 pcs
Harga asal : Rm9.90 setiap satu
Harga mula bida : RM1.00 setiap satu


PENCUCI MUKA CETAPHIL
Status : PEncuci muka tanpa air. Recommended oleh ramai orang. BAru guna dalam 5 6 kali.
Sebab lelong : Tak sesuai dengan kulit muka.
Harga asal : Anggaran RM35-RM39.90 (tak ingat)
Harga mula bida : RM5.00


BUKU 1

Status : Beli kat online sebab nak support peniaga baru. Baru baca dalam 10 muka surat.
Sebab lelong : Bahasa Indonesia rupanya. Berbelit2. Tak faham.. T___T
Harga asal : Rm17.50
Harga mula bida : RM1.00


BUKU 2 

Status : Beli kat online sebab nak support peniaga baru. Baru baca dalam 5 muka surat.
Sebab lelong : Bahasa Indonesia rupanya. Berbelit2. Tak faham.. T___T
Harga asal : Rm19.90
Harga mula bida : RM1.00


Okay, tu je la barangyang sempat digeledah..
Ada lagi barang lain tapi dah banyak kali pakai, tak baik pulak nak jual..
Ada juga barang2 handmade, tapi itu bukan pre-loved..
Ada banyak hadiah2 swap, tapi itu pun bukan pre-loved; dan tak baek jual barang yang orang hadiahkan kecuali kalo kita betul2 memerlukan wang..

Dan satu lagi, setiap barang yang dibina ni akan dihantar secara poslaju.
Harga bidaan belom termasuk pos.
Charge poslaju ialah RM6.00 utk 500g yang pertama (semenanjung)
Kalo korang dapat 1 item, memang beratnya bawah 500g.. :>

Harap-harap ada la orang yang sudi bid barang2 saya ni ya..
Berdebar2 pulak rasa..
Huhuhu..

Wassalam.... 






2 comments:

  1. Wah, baju yang ada spike dengan batwing tu cantik :D
    Terima kasih sebab join segmen Ayuni... harga pos untuk barang-barang lelong pun akan Ayuni ingatkan sekali kepada bakal pembida nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 sis...
      Terima kasih jugak sebab create segmen yang sungguh menarik ni..
      All the best.. ;)

      Delete

Adbox