BAd News :(

Salam..

Ingat tak, saya kerap war war kan yang saya akan buka kedai bulan 4 ni kat Kuantan..
Well, ni ada berita tak best..

Pembukaan kedai tu dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan..

Sedih sangat hati saya..
Saya dah invest banyak untuk preparation kedai tu..
Dah create sistem jual beli - siap dengan scanner
Create laporan jualan harian supaya dapat monitor dari jauh
Beli rak dan barang2 display kedai tu nanti.
Packing semua craft supplies untuk jual kat sana..
Pulun siapkan handmade untuk display kat sana...
Order lebih banyak stok untuk cukupkan stok 2 tempat..

Namun kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari..

Saya faham jugak kalo orang fikir perniagaan craft ni tak menguntungkan..
Pelik kan..
Kalo tak menguntungkan kenapa saya masih menjahit hingga sekarang?
Saya sangat berkira-kira tentang wang; kalo tak menguntungkan tak mungkin saya akan terus membuang masa kat sini..

Cuma crafter macam kita je faham market kita kat mana..

Apapun, kita akan teruskan dengan Plan B.
Walaupun terkejut beruk ,tapi masih bole berlagak cool kerana dah ada plan B ni.
Korang pun jangan lupa sediakan plan B dlm apa jua keadaan.
Ini untuk elakkan korang terduduk tak mau bangun2..

Asma, kuatkan semangat kau asma.. Kuatkan semangat kau..

Amin....

3 Ulasan

  1. Alamak, sayangnya... apa yang terjadi? Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini... mana tau mungkin plan B lebih banyak membawa keuntungan dan kebaikan kepada Asma. Semoga semuanya okey.

    BalasPadam
  2. Omputih cakap, "Shit happens".
    Kita cakap, ada hikmah di sebaliknya. Hanya Allah yang tahu yang terbaik untuk kita. Jangan patah semangat ye, Asma. Teruskan usaha anda! Chaiyok!

    BalasPadam
  3. Xpe..sabar..setiap kejadian pasti ada hikmah...kalau buke kedai jangan lupe gitau...nak terjah laju2...hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama