TIPS: PILIH BISNES PERTAMA

Adakah korang nak mula berniaga?
Tapi tak tau nak berniaga apa..
Tak tau nak start dari mana..
Takde modal nak start niaga..?

Meh saya guide korang macam mana nak mula berniaga..

Memandangkan ni bisnes pertama korang, dan korang tak tau camana nak start, ilmu takde, duit pun takde, maka pastikan korang:

1. Jangan buka kedai - jangan sewa kedai - jangan sewa ofis - jangan sewa apa-apa pun!

2. Jangan borong banyak-banyak pastu jual.

3. Jangan pinjam duit - kalo terdesak sangat, pinjam la beberapa ratus.


Dah tu semua jangan, nak berniaga macam mana ni..?

Sabar la.. Tak abes cakap lagi..


Bisnes pertama korang ni mesti la:

1. Buat dari rumah 

  • sama ada pos barang tu, atau hantar sendiri, atau tak melibatkan produk fizikal, atau beri perkhidmatan

2. Start dengan apa saja yang ada kat tangan.

  • Start dengan apa yang korang mahir buat. Kalo tak mahir, jangan buat. contohnya tak reti buat karipap, pegi buat jugak kulit karipap dan jual yang takde inti. Tak berkat rezeki dengan mempedaya orang sedemikian rupa.

3. Modal Kecik dna kalau bole tanpa modal

  • Kalau perlukan wang juga, pastikan wang tu sikit sangat yang diperlukan. Dalam beberapa ratus ringgit pun dah cukup.

Tujuan bisnes pertama ni hanya la untuk kumpul duit untuk buka bisnes yang sebenar. Jadi tak perlu suka kan bisnes pertama ni. Asalkan pandai buat, duit masuk dah cukup.


Stepsnya ialah :

1. Tanya diri sendiri apa yang aku pandai buat. 

  • Kalo semua pun tak pandai, apa agak2nya benda yang tak pandai, tapi lepas belajar mesti pandai punya.
  • walaupun tak pandai, pasti ada orang lain yang pandai, bole pergi belajar. 
  • Takpun ada tutorial kat internet, practice beberapa bulan mesti pandai punya. 
  • Tak pun pergi kursus.

2. Tengok kat sape kita nak jualkan produk/ perkhidmatan ni

  • penting ni. Ni boleh narrow down produk yang nak kita jualkan. 
  • Contohnya kita target budak sekolah; pikir berapa ringgit dorang mampu keluarkan, barang apa yang dorang tengok je mesti nak. 
  • Contoh lain spt: kaki pancing, pencinta kucing, suri rumah, student, orang yang busy memanjang sampai tak sempat buat apa-apa pun kecuali pergi kerja

3. Yang terbaik ialah bisnes yang menyelesaikan masalah orang 

  • letakkan diri kita kat target tu. Kalo saya jadi dia berapa harga saya sanggup beli, perkhidmatan apa yang saya perlu untuk memudahkan hidup saya
  • bisnes yang menyelesaikan masalah ialah keperluan, pasti ada orang nak..
  • Bisnes berbentuk kehendak,orang ada pilihan untuk taknak..
  • ibu bapa bekerja tak sempat layan anak, orang gemuk yg nak kurus, orang kurus yang nak gemuk, orang yang takde transport, student asrama yang makanan kantin tak sedap, dll

Camana, dapat idea tak bisnes apa korang nak buat ni..
Bole amik kertas dan senaraikan apa saja yang korang minat, pandai atau mampu buat..
Pastu pilih yang paling realistik dengan hidup korang


Berikut ialah contoh bisnes pertama yang zero modal

  • khidmat jaga kanak-kanak ikot jam
  • khidmat tulis surat rasmi, tulis karangan, tulis blog, tulis iklan dll
  • khidmat belikan barang - bukan semua orang rajin nak keluar beli barang (macam saya)
  • khidmat potong rumput, cuci kereta, mengecat, mencuci rumah, bangunan dll


Yang ni pula contoh bisnes pertama yang perlukan skill

  • masak dan jual - roti, biskut, kek, catering kecik2 utk birthday, cukur jambul dll, ayam bbq perap
  • jahit dan jual - sarung kusyen, alas meja, doorgift, baju, tudung, beg, dll
  • khidmat buat website, shopping cart, logo, design bisnes kad, design kotak produk, design maskot, design header
  • buat dan jual - barang kemas spt gelang dan rantai, ukiran kayu, lukisan, kad ucapan handmade, dll
  • dropship - cari orang beli barang dan dapat komisen atas barang yang dijual
  • jurumekap, tukang inai, tukang urut, facial, reflexology dll - pergi kat rumah pelanggan atau set up 1 bilik khas utk yang relaxing kat umah
  • home tutor - pergi ke rumah student untuk ajar selama beberapa jam
  • ejen - produk kesihatan, insurans, pakaian, makanan, dll

Nampak macam bukan bisnes je..?

Itu tak penting...

Apa yang penting?

Yang penting; bisnes pertama ni ada 3 tujuan:

1. Belajar:
     - tarik orang untuk beli produk / perkhidmatan kita
     - urus wang
     - urus perniagaan
     - memahami pelanggan
     - perbaiki kelemahan bisnes kita sehingga menjadi sistematik

2. Kumpul modal untuk buka bisnes yang sebenar
    - target 3 tahun dapat kumpul berapa ribu?

Jalankan perniagaan ni selama 3 tahun dan pastikan ia tak lingkup.
Kalau korang berjaya mengekalkan bisnes ni selama 3 tahun dan dapat kumpul sebanyak yang korang target tu; bermaksud korang nak bersedia untuk bisnes yang sebenarnya.

Tunggu tips seterusnya..

2 Ulasan

  1. Nice info kak asma. Hope to read the next tips lepas ni.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama