Payment System Upgraded!

Salam...

Berita gembira!
Kini korang tak perlu lagi guna IBG atau Instant Transfer bile order brg kat asma-felt-box.com

Kejap..kejap..
Apa tu IBG?
Apa tu Instant Transfer?

IBG dan Instant TRansfer tu berlaku apabila korang ada bank lain selain Maybank, CIMB dan BSN.
Contohnya Bank Islam. Bila dah beli barang, nak transfer bayaran tu kene guna IBG (harini hantar, esok atau petang ni baru masuk); atau Instant Transfer (masuk sepantas halilintar, cuma kene charge RM2).

Tak perlu lagi tunggu esok, atau buang RM2.
Kini korang boleh bayar dari macam-macam jenis bank (FPX)..
Dan bole buat pembayaran melalui credit card / debit card juga..

Senang kan.
Takyah guna IBG transfer atau Instant Transfer atau gi Cash Deposit Machine kat bank..

Bestnya!
Camana nak buat tu?

1) Mula-mula gi website kiyut saya yakni : asma-felt-box.com

2) Pastu login dan beli macam biasa (beli banyak2 taw)..
Yang tak tau cara nak beli bole rujuk SINI

3) Pastu checkout - continue sampai ke Step 5 :
Korang akan nampak macam ni...


Pilihan yang paling atas tu ialah SenangPay..
Sayang betul dorang tak letak banner kat situ..
Saya pulak tak reti nak letak macam mana..

Apapun, korang bole transfer direct ke CIMB, Maybank dan BSN seperti biasa..
Option ni dikekalkan kerana banyak feedback cakap lebih selesa transfer terus ke akaun saya.
Nampak nama Nor Asmah dan rasa confident duit tu dah betul2 masuk..
Terima kasih kerana percayakan saya selama ni.... ^_^

Pilih pastu klik "continue"
Dan "confirm order" dalam step 6


Pastu akan muncul muka ni..

Semua ruangan tu telah diisi secara automatik..

Scroll ke bawah..


Dekat Payment Detail ni korang perlu pilih salah satu sama ada 
A) Credit/ Debit Card
B) FPX

Kalau nak guna pilihan A, cuma isikan maklumat kad korang dan klik submit
Dan proceed seperti biasa sampai abes..

Kalo nk guna online transfer, pilih FPX

Kat sini, sila pilih mana-mana antara 8 bank tu dan klik submit.
Kalo bank korang takde kat atas tu, bole guna debit card macam cara sebelom ni..


Kat sini, email address korang pun diisi secara automatik.
Apapun double check utk pastikan..

Kalo korang pilih Maybank misalnya, selepas klik "Agree and COntinue"
korang akan sampai kat muka ni..


Login seperti biasa..


Pastu korang continue dan ikot steps seterusnya sampai abes..

Saya tak dapat tunjuk step seterusnya..
Nanti tak pasal-pasal kene bayau..
Dah ler memang sedia kedekut..
Hew..hew..

Selepas selesai pembayaran nanti, saya akan dapat email macam ni..


Semua maklumat ni akan saya dapat, maka korang tak perlu inform dah bayar atau bagi slip transaksi.
Kalo rasa lebih konfiden nak bagi, bole juga.. :)

Amacam?
Senang kan..

Kalo senang, mari la shopping.
Mari..mari..

Wassalam..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama