Selimut Crochet Projek Amal Pesakit Kanser

Salam.

Alhamdulillah. Sempat pun siapkan selimut riba crochet projek amal untuk pesakit kanser.


Uii, ingatkan bole siapkan santai² je, rupanya tidak. Berkejar jugak la nak siapkan. Sakit tengkuk, bahu, pinggang dan pergelangan tangan pulun mengait punya pasal.

Patutnya saya target 3 helai je baru la bole relaks sikit. Mengait dengan baby kecik memang sangat mencabar. Kene tunggu dia tidur baru la bole fokus. Tapiiii, kalo kita tak tido esoknya lesu pulak. 

Ish ish ish....

Okay jom kita tengok selimut ni satu persatu.


Selimut kalerful ni adalah inspirasi warna unicorn.

Saya suka sangat selimut ni. Rasa nak pakai sendiri je. Tapi tak bole la macam tu. Dah niat nak derma kan, kene la derma. Nanti nak buat sehelai lagi.

Zoom in...

Alamak sorry, gambo tak edit. Kelam la pulak. Nanti dah edit saya replaced ya. Tak bole edit sekarang, update blog ni pun curi masa sementara baby tido.


Selimut ni adalah inspirasi warna kopi. 

Haha. Pelik betul kejadian dia. Masa drafting tu bayangkan rupa dia lain, bila dah siap jadi lain pulak. Inilah namanya fantasi tak sama dengan realiti.

Apapun, warna dia lawa. Cuma design dia je la macam merepek sikit. Haha.


Selimut crochet pink + mint.

Warna ni sebenarnya lawa tau. Tapi bila amik gambar tak lawa la pulak. Macam² sudut dah saya amik, tak timbul warna sebenarnya. Kene tengok live baru tahu. Tu yang frust sikit tu, tak dapat tunjuk kecomelan gabungan warna ini.


Nampak tak.
Memang tak betul warna ni :(

Apapun, saya sangat bangga dapat siapkan 3 helai selimut ini.
Ni first time mengait selimut tau.
Tak sangka pulak jadi, cuma penat je la sebab berkejarkan deadline.

Selimut ni dah selamat dipos dan selamat diterima. Malah admin taruk gambar selimut saya ni paling atas dalam senarai barang yang diterima. Walaupun cuma kebetulan je, tapi saya bangga sangat awak.

Bangga sangat taw.

Tak sabar nak tunggu next project.

Cari Blog Ini