New e-commerce in progress

Salam.

Bulan September ni kedai online asmafeltbox kat yezza akan expired.

Setakat ni cuba teka berapa order dah saya dapat melalui yezza?

1 order!

Hahaha.
Selama dekat setahun ni cuma ada 1 order je. Unbelievable!

Puncanya saya pun tak tahu.
Saya tak begitu cakna sangat dah sekarang. Kalau dulu memang nak siasat, tapi sekarang cam tak larat nk siasat².

Mungkin (mungkin je ni) yezza tu adalah hibrid e-commerce dan whatsapp. 

Order yang masuk tu akan berhubung dengan whatsapp. Kat situ saya sendiri pun pening sikit. Mungkin customer pun pening, so diorang pun dm saya atau terus beli kat shopee, senang sikit. 

Oleh itu saya takkan sambung dah langganan yezza tu, walaupun harganya berpatutan.

Sekarang ni saya tengah bina kedai online baru. Dan penat sangat la bina kedai online baru setiap tahun. Ada dekat 200 barang kot nak listing, tak larat aku tiap tahun kene macam ni.

Sebelum ni 4 tahun pakai third party punya e-commerce. Memang puas hati cuma harga tu agak tinggi untuk jualan barang² craft supply.

Oleh itu saya bina sendiri je la kali ni. Harap² ok la. 
Hahaha. Kalut giler time tu.



Kali ni saya dah plan buat backup awal².
Lagipun ada kedai shopee, so bole redirect korang ke sana.

Inilah kedai online yang masih in progress :


Tak siap lagi tapi excited nak tunjuk.
Suka theme dia, nampak macam cute sangat kan. Cuma susun letak dia tu gedabak sangat. Itu tak bole tukar setting dah. Memang dah terletak kat situ.

Korang jangan order lagi kat sini tau.
Belom siap lagi.
Korang order kat kedai yezza, tak pon kat shopee je.

Nanti bulan 9 baru start bole guna (in shaa Allah). 

Wassalam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama