Keychain High Quality Malaysia

Salam.

Akhirnya restock pun keychain ni.


Keychain ni sebenarnya dah habis stok dari supplier sejak pkp haritu. Saya pun cari-cari stok dari supplier lain dan jumpa juga keychain yang seakan-akan sama.

Saya pun borong la.
Sekali sampai tak sama 😭


Yang kiri tu keychain dari supplier lain, kanan tu keychain dari supplier kesayanganku.

Yang sebelah kiri tu lebih nipis dan lebih ringan. Saya sendiri pun rasa kurang syok nak guna untuk felt craft saya.

Yang sebelah kanan tu yang saya guna dan jual selama ni. Lebih tebal, lebih berat dna material dia pun lebih kukuh. 


Beza kan ketebalannya.

Keychain ni dah ada dalam stok. 
Jika korang memerlukan sila la order kat asmafeltbox.com

Atau kat shopee.

Harini order esok pos .

Wassalam...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama