Temperature Blanket 2022

Salam.

Tahun ni azam kedua saya ialah nak mengait sehelai selimut. Saya dah decide dah nak buat selimut apa.

Temperature Blanket!

Atau nama Melayunya Selimut Suhu.

Apa tu temperature blanket?

Temperature Blanket ialah selimut yang kita kait 1 row (atau beberapa row) mewakili suhu untuk 1 hari.

Ada yang buat untuk sebulan, ada buat untuk semusim, ada buat untuk setahun.

Ni contoh temperature blanket.


So inilah projek saya pada tahun ni. 

Tapi kan, suhu kat Malaysia ni tak macam negara orang putih yang ada 4 musim. Dorang punya blanket memang interesting disebabkan perubahan suhu yang ketara sepanjang tahun. Suhu negara kita lebih stabil, jadi blanket ni mungkin akan berwarna sama je 😅.

Okay first step ialah pemilihan warna dan benang.

Saya pilih benang milk cotton cap lembu yang memang dah sedia ada dalam simpanan.

Inilah warna yang dipilih :


Saya guna kotak Pocky je.
Tebuk tepi tu untuk ikat sample benang.

Tapi bila semak balik ramalan cuaca sepanjang 2022 ni, saya dapati suhunya lebih tinggi dari jangkaan.

So saya tukar la sikit :

Ini carta yang updated.
Penat je buat cantik² tadi.

Untuk jenis kait pula saya pilih moss stitch crochet:


Stitch ni mudah, cepat dan kecik.
Harap² tak panjang sangat la blanket saya tu nanti. Ada 360 row tu.


Blanket tu nanti saya rancang nak crochet saiz queen. Rancang je ni, tak tahu la nanti saiz apa akan jadi nanti. Haha

Nak join tak?

Sempat je nak join.
Sebab bukan setiap hari wajib kait satu row.
Boleh je buat kait 7 row seminggu sekali.
Atau 30 row sebulan sekali.

Ikot pada keselesaan masing².

Progress tu saya akan taruk kat Instagram highlight, bernama "Selimut Suhu". Apapun saya akan update juga kat blog dari semasa ke semasa.

Korang ada buat juga ke selimut suhu ni?
Kalau ada, komen link dia. Nak tengok ❤️.

Update Ogos 2022


Pada 1 Ogos 2022 saya baru je siapkan sampai April 2022. Huhuhu 

Memang lama dah tak mengait. Lepas kemas rumah haritu bahan kait semua saya masukkan dalam satu kotak. Lepas tu tak ingat dah pasal dia.

Julai lepas baru keluarkan balik dan sambung kait.

Apapun harini saya dah kait sampai 13 Mei pastu benang pink pula dah habis. 

Malas nak beli dulu.
Saya buat projek lain dulu.

Nanti beli benang banyak² sekaligus.


Update Disember


2022 hampir melabuhkan tirai, namun selimut ini gagal disiapkan kerana sakit tangan.
Hanya berjaya buat sehingga Jun.

2023 akan melihat saya sambung kait dan akan siap sebelom tamat 2023, in shaa Allah.

2 Ulasan

  1. WAh.... tahniah... cantik betulll. Tapi kegigihan dan keazaman itu lah memberi kepuasan kan?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama