Salam.
Apa benda tajuk la ni...
Sejak ada anak pertama saya tak fikir akan teruskan asma-felt-box ni.
Tapi pada masa tu order masih tak putus-putus, maka saya teruskan juga operasi asma-felt-box.
Bila dapat anak kedua (kini dia dah genap satu tahun), saya terus rasa taknak teruskan dah.
Sebab tak larat.
Terkejar-kejar.
Otak kelam kabut nak uruskan makan pakai anak, perangai anak, ajar anak bercakap, motor halus, motor kasar dalam masa yang sama packing barang, update stock apa semua tu, memang exhausting habis.
Kalau cakap begini nampak macam merungut kan..
Tapi ini bukan merungut, ini nak bagitau perkara sebenar.
Tak larat.
Asma-Felt-Box tu saya idle lama dah.
Kadang saya harap takde orang order sebab tak larat; tapi kalau takde order saya pula tak berduit.
Memang saya sendiri pun tak tahu apa yang saya fikir.
Masa tu la saya decide dan lupuskan asma-felt-box forever.
Saya nak fokus pada anak dan rumahtangga.
Kraf ni buat pada masa lapang je dan tak perlu update apa-apa.
Sekadar hobi untuk tengok sorang-sorang.
TIBA-TIBA
Saya ternampak satu advice :
Advice ni buat saya fikir lama.
Saya imbas kembali apa kemahiran yang saya warisi dari ibubapa saya, dari atuk nenek saya?
Hampir tiada.
Sebab saya tak involve pun dalam hobi, kerja dan kemahiran mereka.
Saya rasa sedih.
Saya mulakan asma-felt-box ni 12 tahun yang lepas puncanya apa tau?
Puncanya saya takde hobi.
Lepas grad, saya menganggur dan keje ntah hapa-hapa kemudian saya depressed.
Satu cara nak release depressed ialah berhobi.
Masa tu baru la saya realize yang saya takde hobi.
Hobi saya baca buku, tengok tv, dengar radio.
Tapi saya takde hobi yang membuatkan saya mahir dalam sesuatu perkara.
Masa tu la saya cari hobi dan saya nak cuba quilt.
Tapi macam susah giler je.
Tengah duk browsing pasal quilt, saya terjumpa kain felt dan saya jatuh cinta sebab kain tu tak perlu basi jahitan.
Terus beli set felt tu dan akhirnya jadi la macam sekarang.
Dah 12 tahun.
Saya tak berhenti sebab saya sangat suka.
Jadi kalau saya stop apa yang saya suka demi menjaga anak; anak-anak saya takkan dapat kemahiran yang saya miliki.
Itu rugi.
Saya ni bukan la banyak sangat kemahiran.
Tapi kemahiran saya memang jarang orang ada dan tak berguna pun untuk kelangsungan hidup.
Contohnya saya pandai karate, menjahit (tangan), mengait, scuba diving dan saya hebat dalam biologi.
Dalam dalam urusan rumahtangga dan jaga anak tak hebat.
Tapi dah improve banyak tau.
Itu yang penat, sambil buat sambil belajar.
Fikir punya fikir akhirnya saya decide untuk keep asma-felt-box forever.
Walaupun kurang aktif ke, tak menjual dah ke, dah berubah dari satu kraf ke kraf yang lain ke; saya tetap akan keep asma-felt-box, teruskan berkraf, teruskan buat tutorial dan bawa anak saya bersama-sama ke alam kraf.
Saya taknak dorang jadi macam saya.
Hidup saya cuma buku, tv, sekolah.
Sukan ke, persatuan ke, riadah ke, kraf ke, house chores ke, apa-apa semua takde dalam hidup saya.
Akhirnya saya jadi makhluk yang tak pandai apa-apa kecuali baca buku.
Sangat rugi.
Akhirnya cari sendiri minat, dan belajar sendiri kemahiran.
Rugi usia.
Padahal bole je buat semua tu masa kecik-kecik dulu.
Lagi kurang stress.
Atuk saya nelayan, pandai tangkap ikan, pandai baiki barang elektrik, pandai bercucuk tanam, pandai mengurut, pandai pasal ubat-ubatan dan akar kayu, pandai menternak ayam itik lembu, pandai bina rumah.
Nenek saya pandai buat keropok, pandai menjahit, pandai berniaga, pandai memasak (dia buka gerai makan kat jeti), pandai macam-macam jenis masakan.
Saya?
Saya bodoh.
Satu apa pun tak pandai.
Saya sedih.
Kalau la saya dapat warisi semua tu.
Saya tahu saya tak mampu dah nak warisi apa-apa dari mereka sebab mereka pun dah tua dan saya pun duduk berjauhan.
Tapi apa yang saya bole buat ialah expose anak-anak saya dengan pelbagai jenis kemahiran supay mind amereka terbuka dan mereka bole cuba macam-macam jenis kemahiran sehinggalah mereka temui minat dan kecenderungan.
Walaupun rasa pelik nak expose anak lelaki kepada mengait, tapi takpe, expose je.
Dia suka tak suka itu pilihan dia sendiri yang penting kita expose je dulu.
So, asma-felt-box, we will be together forever <3
Tags:
saje2 cakap