Cara Mengait Temperature Blanket

Salam.

Awal Januari ni memang sesuai sangat mulakan projek temperature blanket.

Temperature blanket ialah selimut yang kita kait dan warna selimut tu depend pada suhu sepanjang tahun tu.

Biasanya buat selimut jalur. 
Setiap satu jalur mewakili suhu pada satu hari.
Jadi semuanya ada dalam 365 jalur gitu.


Nak buat tapi tak tahu nak start dari mana?

Jom saya guide.

1. Pilih Benang

Pilih benang apa nak pakai.
Benang tu mestilah :

- selesa
- mampu milik
- mudah didapati

Benang tu mestilah selesa sebab kita nak buat selimut untuk kita pakai. Kene ambil kira juga suhu negara kita yang panas dan lembab. Kalau panas selimut tu maybe kita takkan pakai. Sayang pula buat cantik² tak pakai. Benang yang selesa biasanya benang khas untuk wearable item dan benang utk baby item.

Selimut ni besar, maka benang yang kita akan pakai nanti banyakkkkk. Sebelum decide nak benang mana, fikir dulu harga yg mampu kita beli. Kalau ikutkan memang benang RM20 sebiji tu selesa pakai, tapi harga pula tak berapa selesa poket. Jadi pertimbang baik-baik mana satu benang yang sesuai dengan kemampuan poket.

Satu lagi kene fikir ialah benang tu mestilah mudah didapati. Jangan tersilap pilih benang limited edition atau benang yang sekali kita beli pastu takde jual dah. Dah la kedai lain pun takde jual warna tu. Masakkkk. Jadi pilih benang/warna yang ada beberapa (atau banyak) kedai jual. Senang kita nanti.

Pada pendapat peribadi saya benang yang memenuhi ketiga² kriteria di atas ialah benang Nona dan Milk Cotton 3ply dan 5ply.

Namu begitu kalau bagi korang benang Alize tu murah, better pakai Alize sebab best benang dia.

2. Pilih warna benang

Pilih warna benang yang akan mewakili suhu. Suhu Malaysia ni antara 28-36°c (suhu max). Jadi kene pilih dalam 9 warna benang. Namun begitu, kalau taknak banyak warna pun takpe. Bole je nak buat satu warna untuk dua suhu. Contohnya 28-29 warna oren, 30-31 warna pink. Bole je macam tu. Ikot kreativiti sendiri.

Kuantiti benang pula susah nak cakap sebab kita tak pasti hasil warna selimut tu nanti. Saya sendiri beli 5 ball setiap warna dan bila habis satu warna saya topup bagi cukup semula 5 ball setiap warna. Saya pakai milk cotton cap lembu. Ia mudah didapati dan ramai seller jual. Cuma next pembelian warna tu tak semestinya sama walaupun kod sama sebab biasanya setiap badge benang warna dia lari sikit.

3. Buat carta benang dan suhu

Dah pilih warna benang, terus buat carta benang dan suhu. Carta ni kita nak pakai sepanjang tahun, jadi guna material yg tebal dan tahan lasak.

Contoh carta

Contoh carta

4. Pilih pattern

Ramai crocheteer pilih pattern dulu, baru pilih benang. Korang pun bole je pilih pattern dulu baru pilih benang yang sesuai ngan pattern. 

Pemilihan pattern pun kene hati² juga sebab kita nak buat projek yang ada 365 jalur. Kalau pattern tu jenis lebar, karang tak jadi selimut tapi jadi kain rentang. Jadi pilih pattern yang sesuai.

Salah satu cara nak tau pattern tu sesuai ke tak; kait dulu sample pattern tu panjang dalam 10cam gitu dan kira berapa jalur. Pastu kira kalau 375 jalur dapat brape cm. 

Better juga cari pattern yang loggar sikit supaya sesuai selimut kita tu nanti selesa digunakan di negara kita yang panas dan lembab ni.

5. Sediakan tempat letak projek

Projek ni mula² tu memang kurus. Dari semasa ke semasa ia akan membesar dan menjadi tersangat besar. Better korang get ready dengan sediakan satu bakul atau kotak atau beg khas untuk letak semua material projek temperature blanket ni. Senang simpan dan senang dibawa ke mana-mana. Angkut bakul je terus.

6. Start Kait

Okay, semua dah ada bole la start kait. Ini ada beberapa tips untuk memudahkan proses mengait.

- tetapkan masa mengait
- sediakan jadual suhu
- sorok benang tiap kali tukar warna

Pilih nak kait satu row setiap hari, atau 7 row setiap hujung minggu atau beberapa row selang beberapa hari.

Ini penting sebenarnya sebab projek ni akan berjalan tanpa henti selama setahun. Oleh itu komitmen adalah sangat penting. Apapun jangan risau. Kalau tak berjaya siapkan temperature blanket hujung tahun ni pun tak apa. Bole je sambung bila-bila masa. Cuma mungkin mood tu tak berapa nak ada dah sebab dah masuk tahun lain kan. Cam saya la tu. Tahun lepas punya blanket tak siap² lagi.

Jadual suhu sebenarnya bukan satu kewajipan. Kita bole je buka phone tengok suhu pada tarikh sekian-sekian dan terus kait. Mudah.

Saya pun buat macam tu. Sampailah pada satu tu, website yang saya check suhu tu tak bole buka. Duk loading je sampai cerah. Saya yang tengah semangat ni hilang semangat. Hari keempat baru dapat buka. Agak mengganggu momentum juga la. 

Oleh itu saya berpendapat better buat jadual siap-siap supaya senang rujuk masa mengait. Tak la terganggu.

Kat sini saya ada buat satu jadual untuk memudahkan korang. 

Jadual temperature blanket

Saya pun tak pasti ni jadual ke apa. Saya anggap jadual je.

Jadual ni ada kalendar selama setahun dan kalendar ni bole pakai pada mana² tahun pun sebab tak ada hari cuma nombor je. Jadi bole la pakai banyak kali.

Apa yang saya buat ialah saya warnakan tarikh tu ikot warna benang (suhu) pada hari tersebut. Saya malas nak tulis suhu, terus je warnakan. Lebih mudah bagi saya.

Pastu sebelah kanan ada ruang untuk letak pattern yang korang pilih supaya tak lupa. Pattern tu bole je tampal macam dalam gambar di atas ataupun lukis atau tulis pattern tu kat ruangan disediakan, ataupun tulis link.

Pastu ada ruang untuk tulis saiz hook dan jenama benang. Dan ruang kosong untuk tulis nota. Macam dalam gambar di atas saya tulis website tempat rujuk suhu dan nama kedai beli benang (ini contoh je). Mungkin ada perkara yg korang perlu catitkan sebagai reminder ke apa bole tulis kat ruangan tu.

Dan kat tepi tu ada jadual suhu dan benang. Ruang color tu bole tulis kod warna, ataupun warnakan dan bole tebuk lubang kat tepi untuk ikat sample benang. Ikot kreativiti masing-masing.

Jadual ni bole download kat sini -> JADUAL SELIMUT SUHU

Nanti print dan isi ruangan tu. Tahun bila² pun bole guna jadual ni.

Kalau malas print bole screen shot dan isikan ruangan tu secara digital macam student U zaman sekarang buat.

Dan terakhir setiap kali tukar benang better terus sorokkan benang tu. Sebab banyakkkkk benang nak disorokkan lepas siap nanti. Sorok on the spot tak rasa sangat banyaknya.

Itu je kot perkongsian saya tentang temperature blanket ni. 

Semoga bermanfaat ❤️


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama