24/03/2014

Bisnes Online - Sifat Utama

Salam...

Soalan yang paling banyak masuk dalam inbox saya ialah:
- Macam mana Asma mula  berniaga online?
- Macam mana Asma promote barang?
- Macam mana Asma dapat ramai follower, ramai likers, ramai bla bla bla...

Soalan ni pendek je... Tapi jawapannya tak pendek...
Jadi saya tulis jawapannya dalam entry ni supaya saya tak perlu taip berkali-kali dan terus bole dimanfaatkan kepada semua..

Okay...
Sebelom tu saya nak maklumkan bahawa saya takde ilmu formal berkaitan IT, computer, internet dan sebagainya.. Perkongsian ni adalah based from my own experience. Semuanya try and error. Nak lebih lagi, korang perlu cari kat tempat lain yang ilmunya lebih berbanding saya..

Kepada korang yang nak berniaga; ada 3 sifat utama yang perlu korang ada sebelom start berniaga..
Sebenarnya ada banyak lagi sifat2 lain. Tapi kalo ada 3 sifat ni dah ok dah utk permulaan..

1. MINAT 
2. RAJIN
3. TAK TAU KEWUJUDAN "PUTUS ASA"

MINAT produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan adalah sangat penting.. Kalo tak minat lama2 kita akan boring pastu nak buat yg lain plk.. PAstu boring buat yang lain plk.. Sampai 10 tahun pun kita masih lagi tukar2 sebab semuanya tak berapa minat. Dah akhirnya akan cakap "Berniaga ni tak untung pun. Penat je lebih." Mana nak untung kalo tak fokus..

RAJIN tahap gaban.
Rajin membaca dan mencari info... Kalo malas nak Google maklumat dan baca panjang2; kenapa  stranger yang  kita PM tu rajin nak taip panjang2 bagi kita faham. Kepada mereka yang jenis suka makan suap; lupakan la hasrat berniaga. Orang berniaga ni semuanya dia suap sendiri; dan turut suapkan utk orang lain supaya rezeki dia bertambah. Sebelom saya amik keputusan untuk berniaga, 2 tahun saya buat persediaan utk berniaga. Semuanya melalui pembacaan sehinggalah fikiran kita convert dari seorang employee kepada seorang employer. Sebabnya kalo fikiran tu belom convert, korang akan cepat nak kembali bekerja dengan bos. Oleh itu, nasihat saya sila pergi ke kedai buku dan cari buku kat area bisnes2 tu dan beli satu, balik dan baca. Info kat internet pun ada, tapi penerangannya terlalu cetek. Better invest sket. Ilmu ni tak rugi..

Rajin promote bisnes. Promote sekerap yang mungkin. Kalo seminggu sekali je promote; In shaa Allah berjaya tapi selepas 20 tahun la. Sebabnya kat alam maya ni ada beribu-ribu online bisnes. Apakah kebarangkalian berjuta2 manusia yg tengah online sekarang ni TERJUMPA bisnes kita. Contoh paling best ialah Colgate. Bole dikatakan setiap rumah guna ubat gigi jenama Colgate (Maybe 80% camtu); tapi kenapa Colgate tak henti2 beriklan kat TV? Setiap kali citer best, time iklan mesti ada Colgate. Dah kaya gila dah masih lagi nak bayar iklan mahal2. Iklan pulak bukan macam iklan "Tora Datang Lagi". High Quality punya iklan tuuuu.... JAdi kalo Colgate pun setiap hari beriklan kat TV, kat surat khabar; apatah lagi bisnes kerdil kita ni..
Promote ni pun ada yang free dan ada yang berbayar. Kalo berbayar memang senang, sedia duit je ditanggung beres. Kalo nak free kene luangkan masa dan tenaga. Macam saya la, modal takde, terpaksa ngadap hari2 sampai nak muntah, mabuk mengadap screen lappy. Siap kene sound lagi, "Pergi la aktifkan diri tu. Asyik main FB je." Pedih tau, orang ingat kita main FB. Nk main apa kat FB ni? Bukan ada buaian pun. Takpe, kene sound pun takpe la. Yang penting promote.. :>

Rajin Amik Gambar Cantek2. Bab ni saya tak rajin, tapi saya terpaksa merajinkan diri. Sebabnya walau cantek macam mana pun produk tu; tapi kalo gambar tak cantek; kebarangkalian orang nakbeli amat la rendah. Sebab tu ada penjual yang "abih reng" edit gambar supaya nampak cantek sangat. Tapi bila dah beli, rupa2nya tak cantek pun.. Saya sebenarnya tak minat amik gambar. Sebab leceh tau amik gambar ni. Nampak simple je, tapi kene susun barang tu, kene cari background yang elok utk produk tu, kene jaga2 dengan bayang dan macam2 lagi la.. Nak taknak, kene rajin jugak.. Macam mana nak amik gambar cantek2? Tanya encik Google atau masuk kelas fotografi. Saya tanya encik Google je, kitorang kamcing tau.. Haha..

Rajin Update. Bab ni pun saya tak berapa cemerlang. Sebab bila free hari2 update; tapi bila busy atau takde mood, sampai berminggu2 tak update. Hahaha. Jangan tiru macma saya tau. Bila kita ada satu medium yang kita kumpulkan produk2 kita tu; kita perlu sentiasa update. Kenapa? Sebab nak ingatkan dorang tentang kewujudan kita; sebab nak bagitau dorang yang kita ni hari2 online, hari2 aktif; sebab kita nak bagitau dorang yang kita ni sentiasa ada produk baru atau sentiasa restock produk tu. Bila hari2 kita asyik muncul; keyakinan orang terhadap kita akan lebih tinggi. Sebenarnya bab rajin update ni lebih mudah bagi mereka yang berniaga secara trading iaitu borong dan jual. Berbeza dengan crafter yang perlu buat dan jual.. Banyak masa yang kita gunakan untuk "buat" produk. Trader tak buat barang; jadi dorang ada lebih banyak masa untuk promote dan update. Ini bukan la alasan; tapi hakikat. Apapun, zaman skrg dah ada smart phone dimana kita bole update progress2 yang kita buat. Tapi saya bila buat craft, tak terpikir pun nk amik gambar. Syok sgt kot. Lepas pos baru teringat. Itu la ruginya menjadi saya... -__-"

Rajin Layan Customer adalah satu bonus. Sebabnya ramai peniaga malas nak layan customer. Terutama sekali kastemer yang perangainya macam badut dalam game pizza frenzy. Dia drop order sebelom pasti apa dia nak beli. Selama sebulan tanya2 dan tukar2 order last2 taknak beli sebab masuk Matrik. Sebulan kemudian dia muncul semula nak beli semula dan tanya2 lagi soalan yang sama macam 2 bulan lepas dan tukar2 order lagi. Tak tau la apa masalah dia ni. Bagi crafter orang macam ni memang mengganggu emosi. Sebab tu bila berkraf saya tak online. Dah abes keje baru online balik. Apapun, kalo korang jenis penyabar dan multi tasking, better korang layan je kastemer macam ni. Sebab lagi banyak korang sabar, lagi tebal keimanan dan pahala korang. Mana tau kastemer ni bgtau kawan2 dia, "Eh, kakak ni baik la. Korang beli la dengan dia ni." Dan 10 kawan dia datang beli ngn korang. In shaa Allah... (JAngan kawan2 dia pun badut jugak, sudah.. Hahaha)

TAK TAU KEWUJUDAN PUTUS ASA
Kalo kita bole delete PUTUS ASA dalam memori kita, in shaa Allah kita akan berjaya dalam setiap apa yang kita buat; sebabnya kita tak tau macam mana nak berputus asa. Tapi akal kita ni takde function delete; yang ada cuma recycle bin dimana kita bole restore balik memori lama...
Namun, apa yang kita bole buat ialah menukar perspektif.
Setiap masalah yang muncul tu; kalo kita anggap itu adalah halangan, kejap je kita akan putus asa.
Oleh itu, mari kita melihat masalah tu dari perspektif Sherlock Holmes. Walaupun pembunuhan itu berlaku dalam bilik berkunci, tapi mesti ada cara pembunuh tu bole keluar. The question is how?
Dan untuk mendapatkan jalan penyelesaiannya, kita kene guna bantuan serbuk ajaib yang bernama SABAR. Kalo takde serbuk ni, rasanya tak jumpa kot...
Dah sebulan promote tapi masih takde orang beli...
Dah setahun promote, tapi takde juga orang beli...
SABAR dan check apa masalahnya...

- masalahnya jual kat orang putih, guna bahasa Melayu - penyelesaiannya translate dulu baru promote
- masalahnya jual RM100; harga pasaran RM80 - penyelesaiannya turunkan ke RM80.
- masalahnya jual air cond kat Eskimo - penyelesaiannya jual jakuzi
- masalahnya gambar kelam dan buruk dan bergegar - penyelesaiannya cari cara amik gambar yg menarik
- masalahnya bila kastemer pm, awak reply YA, OK, DAH, TAKDE, TQ - penyelesaiannya mesra la sket; reply macam tu membuatkan kastemer fikir awak malas layan dan sombong, mentang2 la dia nak beli RM10 je.. Kastemer tak tau awak tgh berak time tu (berak bawak phone?); tak dapat nak layan lebih2.. Berkorban la sket ya... :>
- masalahnya saya tak tau apa masalahnya, nampak ok je - belom jumpa lg tu, kene cari lagi...

Masalah utama apabila mula berniaga online ialah:
1. Kedai Baru : Kedai baru biasanya orang tak berani nak datang beli. Kalo dorang berminat pun, dorang akan ushar2 je tapi tak beli. Penyelesaiannya ialah kedai tu mesti jadi kedai lama. Dan takde pilihan lain, kene bagi masa.. Sebab tu perlu update menunjukkan kedai ni walaupun baru tapi sangat aktif.
2. Orang tak jumpa : bukan orang taknak beli; tapi orang tak jumpa. MAcma saya cakap tadi, ada beribu2 bisnes kat internet. Dan bisnes yang baru sebulan dua memang susah untuk dijumpai.. Penyelesaiannya ialah perlu promote dan beri masa. Promote ni memang sangat meletihkan; kecuali yang berbayar ataupun upah orang utk tolong promote.

Kalo korang adalah kedai baru, jangan bimbang..
It takes time untuk orang menjumpai korang... Kene teruskan berjuang dan jangan berhenti tau

Okay la..
Esok pulak saya sambung ya... Nak sambung buat keje..
Jumpa esok tau....

Wassalam....

No comments:

Post a Comment

Adbox