Search This Blog

22/06/2014

10 Tips Murah Rezeki

Salam...

Baru-baru ni saya tengok ceramah agama dan ustaz tu bagi tips murah rezeki untuk para peniaga...
Ustaz tu tak ingat namanya, tapi dia pakai spek mata dan rancangan tu pun dah lupa nama apa...
Sebenarnya saya tekan-tekan remote control sampai la ke ceramah tu..

Lalu saya salin tips tu dan nak kongsikan kat sini:

TIPS MURAH REZEKI:

1. Istighfar - perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan.

2. Sedekah - ia dapat membersihkan pendapatan, buat tubuh badan jadi sihat, menjauhkan sifat bakhil, dan disyorkan untuk korang yang berhajat nak kaya

3. Jangan buat banyak dosa - kerana orang yang banyak dosa ni disekat rezekinya

4. Jangan jemu belajar - kalo taknak belajar, kita akan berada di tahaa yang sama bertahun-tahun lamanya

5. Fokus dan buat sepenuh masa - berniaga jangan ikut mood. Fokus pada task / target; dan gunakan sepenuh masa yang ada. Tapi jangan la sampai abaikan ibadat dan keluarga.

6. Betulkan niat guna Islam dalam bisnes dan kehidupan - jangan mempergunakan Islam sebagai umpan nak lariskan jualan. Maksud kat sini jangan guna dengan niat yang tak baik. Banyak orang yg macam ni, kalo nak cerita pengalaman saya saja, tak tercerita... "Sesiapa yang berterusan bertakwa akan diberi jalan keluar dari kesusahan dan reseki yang tak disangka"

7. Jangan melampau dalam beriklan - jangan bersumpah dan berjanji palsu dan testimoni palsu. Paling ketara iklan ubat gigi yang cakap gigi akan putih dan pelangsing badan yang confirm kurus. Lepas beli 3 botol tak kurus2 jugak, kita jugak akan dipersalahkan sebab tak jaga makan dan tak exercise. Alamak, kalo kita pandai jaga makan dan rajin exercise; buat apa beli ubat kurus yang beratus2 ringgit tu.. -__-"

8. Kotakan janji - kalo berjanji akan pos esok, pos la esok. Kalo janji nak jumpa pukul 2, jumpa la pukul 2. Jangan biar hamba Allah tu tunggu sampai pukul 4 baru kita terkial2 muncul dengan termengah2. Hamba Allah tu ada keje lain jugak nak buat.

9. Dapatkan feedback - minta pandangan dari customer dari segi servis, produk, komunikasi dan sebagainya. Mana yang patut improve, improve kan..

10. Bayar hutang - sebelom upgrade atau beli barang best2, dahulukan membayar hutang. Hati senang, nak beli barang best2 pun tak malu sendiri...

Itulah 10 tips murah rezeki yang ustaz tu kongsikan. Saya lupa la nama ustaz tu.. Sayang betul..

Yg no 5 dan no 9 yang saya kena start buat.
Macma susah je kan, sebab saya ni jenis ikut mood dan segan nak minta feedback, takot menggangu orang. Hohoho...

Semoga tips ni bermanfaat..

Wassalam...


2 comments: