20/05/2015

Kisah jadi Sponsor Blog Pencinta Kucing


Salam..
Segmen Kucing Saya Hebat anjuran Sis Ayuni Rafilah sudah tamat dan pemenangnya pun sudah diumumkan.
Penyertaan begitu ramai. 9 tuan kucing.
Memandangkan ramai sponsor hadiah, maka seorang pemenang dapat banyak hadiah..
Hemo hemo hemo..

Tak caya?
Tengok senarai pemenang dan penerima hadiahnya di sini http://ayunirafilah.blogspot.com/2015/05/keputusan-pemenang-segmen-kucing-saya.html

Sebagai seorang gadis yang kiyut dan baik hati; (gadis? kiyut? baik hati? yeke..) saya sponsor 5 hadiah tau..
Tak caya? Tengok gambar ni...



Makanan kucing jenama Vitapet
Bantal Felt Pusheen yang saya jahit sendiri
Pencuci muka Nivea 
Wide Shawl 
Topup RM10

Topup tu saya tak boleh tunjuk kerana ia ghaib..
Ya saya transfer terus ke phone pemenang maka takde bentuk fizikal topup terbabit..

Disamping hadiah di atas saya turut bagi mereka kitchen glove sorang satu..
Mana tau kucing 2 mereka baking kek ikan ke..
Bole la guna glove ni untuk mempertahankan diri..

Saya juga salah sorang juri yang vote pemenang.
Susah juga nak pilih pemenangnya dalam persaingan yang sengit ni..
Kami sampai vote 2 kali tau..
Serius tak seriusnya kami..
Phew..

Tanpa disangka-sangka, saya telah terpilih sebagai Juri Terhormat..
Yay!
Saya tak pasti camana bole terpilih..
Mungkin kerana hidung saya paling kembang dalam ramai2 juri, maka saya la yang paling layak..
kui kui kui..

Ada lagi dua penerima Sponsor Terbaik dan Juri Terbaik..
Penerima ni dipilih secara diktator oleh penganjurnya..
Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan hokay..
Hahaha..

Apa ntah aku merepek meraban ni...

Sepatutnya hadiah2 ni saya pos hari Isnin lepas.
Tapi ada sorang lagi pemenang belom bagi detail..
Saya nak pos semuanya sekaligus supaya tak perlu pegi post office banyak kali.

Ya, saya memang pos barang setiap hari, tapi kat pejabat Poslaju yg tutup pada pukul 7 ptg.
Kalo nak guna pos biasa kene pegi post office biasa yg tutup pada pukul 5 ptg (kalo tak silap)
Dan lokasinya agak jauh dan parking memang susah sgt.
Tu la nak pos sekali harung je..

Dan dah berjaya pos tadi.
Yippi!!

Dan ada satu lagi berita gembira..
Felt keras dah sampai tengahari tadi..

TAk caya?
Tengok bawah ni...


Korang ni asyik tak caya je ek..
Nampak tu nama saya tu.. huhuhu...
Delivery sebelom2 ni tak letak nama saya.
Dorang letak nama lain...
TU yang macma bangga je nampak nama sendiri kat parcel ni..

Ntah hape2 je kan..

Okay la, esok kot kita borak pasal felt ni..
Jap lagi nak packing2 masuk kat bilik kain..
Yippi!!

Wassalam...

3 comments:

  1. cik nor dah dapat topup tu..terima kasih asma..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama cik nor.. Comey Hitam dan Tompok tu.. ^^

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete