Tutorial : Cara Buat Bantal Felt (video)

Salam..

Bantal felt adalah order yang paling laku di asma-felt-box.
Cara nak buat pun senang je, cuma makan masa.
Apapun yang susahnya bantal felt ni ialah design yang diminta oleh customer.
Ada yang minta design Upin Ipin, design Ben10, design Minion.
Semua design tu tak boleh la uploaded sebab dah copyright kan..

Haritu saya jual keychain Domo-Kun, dah kena tegur dengan NHK.
Huhuhu..
Kecut gak perut.
Dia cuma tegur la bagitau design tu copyrighted dan minta saya keluarkan dari listing.

Sejak haritu saya takut nak letak apa-apa handmade yang copyrighted.
Walaupun sayang tak dapat nak tunjuk kat korang semua.
Sob sob...

Okay la..

Harini nak share dengan korang tutorial cara buat bantal felt corak love.
Ini design yang paling senang dalam dunia.
Dan jangan terkejut, ramai yang order design macam ni.

Jom.
Saya dah buat video korang boleh tengok.
Video ni pendek je..

Walaupun pendek, bercinta gak nak siapkan T__T
Enjoy <3



Saya guna acrylic felt untuk pillow ni.
Benang tu guna benang jahit biasa je.
Benang cross-stitch pun bole, cuma mahal la sikit.

Semoga bermanfaat!

Ada nak request apa-apa tutorial ke?
Tulis kat komen bawah, nanti saya buatkan  ^^

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan