Lebih Produktif dengan Aplikasi Daylio

Salam..

Semasa kemaskini phone, saya terfikir nak cari diary atau jurnal.

Kenapa nak cari diary?
Sebab saya rasa makin lama makin malas nak buat kerja.
Pastu rasa bersalah pula sebab tak siapkan kerja.
Pastu bertangguh.
Pastu pulun last minute.
Pastu penat.

Konon-kononnya dengan adanya diary ni, saya dapat jot down la apa yang dah dibuat setiap hari dan track rekod sama ada saya produktif atau tak.
Dan dapat push myself to be more productive than before.

Tapi kan, rasa malas pula nak tulis apa saya buat hari-hari.
Godek punya godek akhirnya terjumpa app ni.

Nama dia Daylio.
App ni simple sangat nak guna.
Kita cuma perlu update apa kita buat harini dengan guna icon sahaja.

Instead of taip apa aktiviti yang dah kita buat harini, app ni kita cuma perlu klik aktiviti yang dah dibuat dan save!

Kat bawah tu ada ruangan nota, kita boleh tulis la apa-apa catatan kalau nak.

Gambar di atas tu ialah aktiviti yang saya senaraikan.
Aktiviti ni korang boleh ubah suai sendiri.
Ada banyak icon yang boleh dipilih dan korang senaraikan je ikot yang korang nak.

Macam yang saya buat ni;
Row pertama tu ialah aktiviti santai untuk diri sendiri.
Row kedua aktiviti kerja yang berkaitan dengan asma-felt-box.
Row ketiga ialah aktiviti kraftangan khas untuk suka-suka. Bukan tempahan customer.

Setiap hari saya nak cuba buat sekurang-kurangnya satu aktiviti bagi setiap row.
Tujuannya saya nak cuba pelbagaikan aktiviti harian saya.
Sebab selalu sangat saya buat semua benda setiap hari.
Lepas tu tak buat satu benda pun setiap hari.
Saya jenis extreme, tak konsisten dan tak ikot routine.

Row keempat pula khas untuk Channel Youtube.
Sekarang dah ada 880 subscribers, rasa bersalah pula bila tak update apa-apa video.
Tu la nak buat sekurang-kurangnya 1 video sebulan.
Letak icon tu kat situ sebagai reminder.

Saya dah pakai app ni sebulan lebih, dan hasilnya sangat positif.
Mula-mula tu selalu la lupa, tapi dia ada reminder setiap hari.
Biasanya selepas pos barang dan sebelum tidur saya update.
Update pun cuma tekan je kan, takyah tulis.
Senang giler..

App ni saya guna untuk monitor aktiviti harian saya.
Korang boleh juga guna untuk senaraikan queue order, to do list, menu harian, atau apa-apa je la yang korang perlu monitor.


Selepas rekodkan aktiviti, boleh tengok statistik dia.
Kat sini boleh nampak mood yang paling banyak mendominasi harimu.
Cam saya, mood meh je.
Mood meh tu apa ek..
Mood takde perasaaan kot.
Nak kata hepi, takde la hepi sangat.
Nak kata sad, tak sad pun.
Oleh itu meh je la yang sesuai. Haha..


Kemudian boleh tengok aktiviti yang paling banyak korang buat setiap hari.
Kat sini nampak la saya banyak habiskan masa dengan bersantai tengok movie.
Workout dan blogging tak banyak, kene lebihkan kat situ.

Kepada korang yang nak ubah hidup menjadi lebih positif dan produktif, boleh cuba guna app ni.

Semoga bermanfaat. ^^

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama